Melihat
awan malam yang dingin buat aku rasa semua kepenatan yang aku pikul hari ini telah pun hilang dan
pergi jauh dari hidup untuk hari ini. Melihat awan dan bintang bintang di atas
sana, terimbau kisah aku dan cinta. Setelah habis SPM dan sehinggalah aku
berumur 25tahun nie tak pernah lagi rasa cinta yang setulusnya. Setiap kali aku
usaha dengan cinta, setiap kali itu juga aku gagal. Aku berusaha untuk teruskan
cinta itu tanpa putus asa namun masih juga gagal dan hanya menemukan
kebahagiaan sementara. Semua yang aku lalui buat aku matang dan berikan aku
pengajaran namun aku masih tetap teruskan usaha mencari cinta itu. Walau setiap
aku lakukan itu selalu berikan kesakitan yang mendalam namun hati aku amat
mudah jatuh hati dengan kebaikan orang lain. Mungkin aku rasa kena usaha lebih
hingga berjaya. Allah berikan aku hati yang baik dan mudah jatuh hati dengan
orang lain sebab itu sampai sekarang aku pernah bercinta sebanyak 7 kali dengan
berlainan orang lain dan semuanya hanyalah sementara. Malam ini,aku rasa
seperti satu kuasa pelik menerpa dalam hati dan fikiran aku. Lalu hati kecil
aku berkata,kini masanya aku putus asa mencari cinta manusia dan focus dengan
kukuhkan cinta Allah. Aku rasa ada betul hati kecil aku berkata. Sepanjang aku
hidup ini,aku tak pernah lupa cintakan Allah. Namun malam itu,rasa kesal dan
taubat menerpa dalam hati. Mungkin semuanya yang aku lalui di alam dewasa ini
berikan aku pengalaman dan berikan aku keputusan untuk berhenti melangkah untuk
mengejar manusia. Mengejar cinta manusia. Berhenti berharap kepada mereka yang
tidak pernah menghargai aku. Malam ini,aku rasa tiba masa aku tumpukan pada
Allah yang selama ini aku abaikan yang sebenarnya Allah tidak pernah abai aku.
Allah………Allah…….rasa sedih teramat sangat malam ini. Rupanya Allah sUdah
berikan ‘hint’ padaku setelah aku putus cinta 7kali itu namun apa yang aku
lakukan?. Hanya buat sambil lewa. Hanya anggap angin yang lalu sepoi sepoi
bahasa. Kini aku mulakan berhentikan langkah dan mengubah laluan hidup aku
semula. Bukan lagi mencari cinta manusia. Dan kini aku nekad mencari dan
perkukuhkan cinta aku dengan Allah. Yess this is the best.
Pergilah cari balik semangat kau yang hilang tu. Jangan jadi lifeless
moody down terus macam tu je. Sampai bila nak jadi lemah?- Aim Putera
Kesudahan malam ini,walaupun menyedihkan aku
kena yakin dan percaya dengan Allah. Sebab kita hidup kerana kasih sayang dan
belas kasihan Allah terhadap kita. Allah berikan peluang untuk kita berubah. Sekian,
"Kita tak tahu bila Allah nak ambil nyawa kita, kerana itu kita
kena selalu bersedia." Ingat, sampai bila-bila.-FatyaEdDeen
Coretan malam ini,
Luahan rasaku si
gadis berpayung.
No comments:
Post a Comment