Monday 31 December 2012

kini,mula beroperasi..

Assalamualaikum.

Apa khabar anda smua?skrg mnunjukkan pkul 12.50 a.m bersamaan 1-1-2013.yg lmbt smbut tahun baru,slamat thun baru.sya dah smbut thun baru,bulan 12 lae yg lalu yg lmbt tu..:)thun baru islam,semua dah thu kan.tak pyah nak sya terangkan lg.masa nie sbnarnya untuk kita merehatkan mnda,tbuh bdn kita agar keesokan hrnya kita mmpu mlakukan perkara2 yg baik2.insyaALLAH...wahai shabat2 sya skalian suka sya mengingatkan kpda anda smua bhawa kita nie yg muslim jgn sesekali melupakan tggjwb kita d muka bumi ini,dan sya skrg tgh melakukannya iaitu berdakwah.sma ada anda sdh bekerja,mc blajar,blum brkahwin,sdh brkahwin,ingatlah jgn sesekali meninggalkn tggjwb kita.ingat lah drpda mna asal usul kita.JANGAN LUPA TAW....d thun yg baru ini bukan sya nak membebel tp mengingatkan kpda shabat2 skalian btapa pntgnya tggjwb yg kita prlu laksanakn trutamanya yg muslim.wlaupun sya nie srba kekurangan ttp sya syg dgn anda smua,tu yg sbb sya ingatkn anda smua.jgn marah taw..SAYANG ANDA SEMUA...apa2 matlamat anda yg tak dpt d laksanankan tdk tercapai thun lalu,tp bangkitlah thun nie.jgn putus asa,krana USAHA ITU TANGGA KPDA KEJAYAAN.


sya hnya insan biasa,yg serba kekurangan hnya mmpu mengingatkan kpda anda,anda & anda smua.biarlah kita hilang dunia jgn kita hilang akhirat.biarlah kita  hilang pujian org asalkan jgn kita hlg pujian ALLAH.biarlah kita hina d mata manusia jgn kita hina d mata ALLAH.d thun baru ini,kita bangkitlah menjadi para mahasiswa-mahasiswi yg berjaya dan cemerlang sahsiah peribadi,tggi tarbiyyah,jadilah seorg anak yg soleh  & soleha dan kpada yg berumah tgga,jdikanlah rumahtgga anda penuh keberkatan dan kebahagian drpda ALLAH.sma2 lah kita mmpertingkatkan tarbiyyah diri...berdoalah selagi hayat kita masih ada,berdoalah jgn berputus asa krana ALLAH ada.YAKINLAH dgn ALLAH.



~be your self....

kita perlu buktikan syg kita.....

ASSALAMUALAIKUM.......

hanya ALLAH YG PERLU ADA D HATI SKRG...


pesanan Imam Ghazali

sama2 kita ingat-mengingati...
























~nie yg d fkr skrg...

Friday 14 December 2012

Nikmatnya Perpisahan Insan 'Bercouple'.


"Aku mmemang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."
Pergh.. terbaiklah!!! Alhamdulillah..
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih. 
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?
Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)
"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."
Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.
Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal. 

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"
Wallahu Ta'ala A'lam

*amat tersentuh dgn doa ini,mg yg membaca cblah amalkan..

Wednesday 29 August 2012

Masih Ada yg Terlepas Pandang....


Perkembangan Terkini Isu Rohingya | Muslim Holocaust


Beberapa hari lepas, ibu bapa muslim Rohingya melepaskan bayi-bayi dengan bot mengharapkan anak mereka selamat setelah sememangnya tak ada cara lain untuk menyelamatkan anak-anak ini memandangkan mereka sendiri akan terbunuh dalam masa terdekat.

Pembunuhan kian rancak dijalankan untuk memastikan etnik muslim Rohingya yang dahulunya dalam lingkungan 6 juta orang kini tinggal hanya dalam lingkungan 800 ribu orang, habis lenyap dari bumi Myanmar. Tua, dewasa, kanak-kanak bayi...tak kira la lelaki atau perempuan semuanya dibunuh. Dijangkakan sudah dalam lingkungan seribu lebih perempuan DIROGOL sampai mati, ada yang disembelih, kanak-kanak diikat tangan dan dibuang dalam sungai, bayi turut dibunuh...Manakala mayat mereka dibiarkan sahaja digigit dan dimakan anjing-anjing liar. 

Terdapat kira-kira dua ribu dari kalangan mereka berada di sempadan Myanmar Bangladesh berteduh di bawah pokok-pokok untuk menunggu peluang ke Bangladesh... Namun pihak Bangladesh sudah bersiap sedia dengan tentera di sempadan untuk menembak mana-mana di kalangan mereka yang cuba melarikan diri ke negara tersebut.

Perjumpaan wakil ABIM Malaysia dengan sami tertinggi di Angkor untuk berbincang isu umat islam Rohingya dan menghentikan pembunuhan atas dasar kemanusiaan telah dibuat tapi kesannya hanya sikit sahaja kepositifannya....Sami ini meminta untuk berbincang dahulu antara mereka dan tindakan hanya akan dibuat dalam bulan Oktober 2012. 

Satu flotile ke Myanmar akan diadakan dalam masa terdekat untuk membawa seluruh NGO dari seluruh dunia melalui perairan India....Cadangan untuk membawa isu Rohingya ke Parlimen Malaysia telah DITOLAK speaker parlimen atas sebab tak relevan dan tak penting....Manakala kerajaan Malaysia sendiri masih belum ada lagi mengeluarkan bantahan rasmi atas kekejaman ini....

Isu ini adalah isu paling besar disaat ini lebih daripada isu yang berlaku di kalangan umat islam di Syria, Palestin, selatan Thailand dan seluruhnya memandangkan mereka tidak ada pembelaan langsung dari dunia... Rayuan agar isu ini diperbesarkan supaya umat islam di Rohingya dapat diselamatkan dan SEBARKAN pada semua sehabis cara....semampu yang boleh... Hanya cara ini kita dapat membantu mereka....

(SUMBER: Cikgu Azmi yang berhubung langsung dengan rakannya di Rohingya menggunakan telefon secara sembunyi memandangkan alat komunikasi tidak dibenarkan di Rohingya)

Jika kamu rasa diri kamu itu seorang MUSLIM, sebarkan dan doakanlah mereka...Aku tak kata sumber nie 100% benar...tapi sememangnya umat Islam di Rohingya dibunuh dengan kejam dalam masa korang sedang asyik dengan keindahan DUNIA nie.... Apa salahnya memberi sedikit masa yang ada dari 24jam dari kurniaan Allah untuk menyebarkan isu Rohingya nie....

Saturday 4 August 2012

Impossible is Nothing



Bismillahirr Rahmanirr Rahim ...  
Jangan pernah putus impian, suatu saat kita pasti akan menemukan jalan menuju impian itu.
Tinggal kita mau melewatinya atau tidak, di penghujung perjalanan itulah impian kita sudah menunggu.
Gambar
Gambar
Gambar
Gambar
Gambar
Gambar
Gambar
Gambar
Impossible is Nothing
 Foto2 ini betapa menunjukkan dan membuktikan bahwa keterbatasan itu hanya ada di dalam pikiran kita.
Ketika seseorang mempunyai impian yang kuat, maka keterbatasan yang ada akan terungkai dengan sendirinya.
Jangan pernah putus impian, suatu saat kita pasti akan menemukan jalan menuju impian itu.
Tinggal kita mau melewatinya atau tidak, di penghujung perjalanan itulah impian kita sudah menunggu. 
Selalu ada sikap positif dari setiap hal. Fokus pada hal-hal positif agar hidup berkelimpahan dengan kebaikan.
Nothing impossible if you wanna try and never give up!

(Tidak ada yang tidak mungkin, jika kita ingin mencuba dan tidak pernah menyerah!) 

SEMANGAT!! :D


drpda:Inna Sitzu Khainna

Monday 14 May 2012

jangan salahkan takdir


Sahabat,
Dahulu, Sewaktu kita kecil kita juga kuat. Banyak kali kita terjatuh ketika cuba hendak berjalan, tapi akhirnya kita bangkit kembali. Banyak kali kita 'dikecewakan' kerana tidak dapat menjamah semua makanan, tapi selepas itu kita ketawa kembali. Banyak kali kita bergaduh dengan teman sebaya, tapi selepas itu kita kembali bersapa dan berbual mesra.
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Al-Insyirah : 5-6)

Sahabat,
Dahulu, seorang sahabat Nabi, ketika ujian tidak ditimpakan kepadanya, dia berasa gundah dan sedih, soalan yang sama diulang-ulang : Apakah Allah telah lupa kepadaku?
Sekarang sahabat,
Allah menguji tidaklah sehebat ujian yang ditimpakan kepada ummat terdahulu.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Zainab puteri Rasulullah yang terpaksa memilih antara suami yang masih jahiliyyah atau ayah tercinta.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Sumayyah yang seisi keluarganya dibunuh di hadapan mata.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Bilal bin Rabah, dijemur, diseksa, dihempap batu.
Sahabat,
Allah sungguh kasih kepada kita. Tapi berbalaskah kasih itu?
Jangan Menyalahkan Takdir
Ada orang, yang usahanya sedikit, dan bila datang sesuatu yang tidak memuaskan, dia berkata : Ini adalah takdir.
Sahabat,
Kata-kata begitu hakikatnya seolah-olah kita menyalahkan takdir. Sesuatu yang belum berlaku tidak dinamakan takdir, bahkan kita masih ada peluang untuk mengubahnya.
Jika semuanya mahu bergantung kepada takdir, maka orang jahat tidak akan berubah menjadi baik kerana takdirnya sudah jahat.
orang miskin tidak perlu berusaha mencari duit, kerana takdirnya sudah miskin.
Pelajar corot tidak perlu belajar kerana takdirnya sudah corot.
Begitukah?
Mari kita baca satu cerita :
Ketika wabak penyakit berlaku di Syam, Umar Al-Khattab telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk tidak memasuki Syam.
Ada yang bertanya : Adakah engkau melarikan diri daripada Qadar Allah wahai Amirul Mukminin?
Beliau menjawab : ya, kita lari daripada Qadar Allah kepada Qadar Allah. Apa pendapat kamu jika kamu berada di atas dua jenis tanah iaitu yang subur dan kering. Bukankah jika kamu usahakan yang subur, kamu mengusahakannya dengan Qadar Allah dan jika kamu ushakan yang kering, kamu mengusahakannya dengan Qadar Allah juga?
Nak dengar cerita lagi?
Suatu ketika, seorang lelaki telah kalah dalam satu perbahasan dan berkata "Allah telah menentukan bahagianku."
Nabi SAW memarahinya kerana berkata demikian.Lahiriahnya kata-kata itu menggambarkan iman tetapi hakikatnya menampakkan kelemahan.
Sabda baginda:
"Allah membenci orang yang lemah, tetapi apabila tewas dalam suatu urusan kamu berkata: Bahagianku telah ditentukan oleh Allah."




Wednesday 9 May 2012

my day

assalamualaikum....


jeng2,ware kembali lae.apa khabar to all of you?.ehehhe...nak taw ka apa entry ware hr nie,na...tu yg mushkil nie.nak tjuk apa ya?..kamu nak tjuk apakan?bg taw sya...heheh..ok la sya nak crta ckit psal hadiah.actualy tahun lalu msa sem 3 ware dpt hadiah drpda program blok kat asrama ware d poli.after that ware tgk ware dpt hadiah gelas warna coklat siap dgn sudu kcil lae taw.firt impration ware,cntik gelas tu tp nak pkai bila ya,kat bilik asrama tu dah bnyak gelas.heheh...ada 2 lae taw.nie klu sya gn nak wat apa.kata org2 bugis tamahak labuaja.hahah..apakan sua ejakan ware tu..hantam saja la yg pntg sedap mulut baca.after for few month,i use my gift in my sem 4,time ware li (latihan industri) kat yayasan sabah,ware gn gift tu..wa...bnyak org puji taw gelas tu cantik,mmg cntik brtambah lae wrna coklat mkin cntik la gelas sya tu..mcm orgnya.heheheh(puji diri sndir)..smpi skrg gelas tu mc berkhidmat dgn tuannya..ware syg sgt sbb pemberian org yg tak d ketahui identitinya.trima kasih kat org tu la....trima kaseh bnyak2...


nie ha my gift....comel kan....



i use to make my drink....ha...bushta..(sedap)
photo:10/05/12




*tu all of you jgn jelous ya....hehheeh

Friday 4 May 2012

diriku....





*dari gambar,mampu menyelongkar seribu makna yg tersurat...pelbagai masalah yg perlu d selesaikan dlm bergelar seorg mahasiswa.

Wednesday 2 May 2012

mencari yang maha satu

assalamualaikum......


apa khabar semua,sya muncul lae untk sekian kalinya apabila buntu setiap hari apa nak d update blog utuk korang semua kan....na....wlaupun nie baru permulaan ke arah keactivefan update blog,korang jgn lp nak sokong sya ya....hr nie tak bnyak entri nak kongsi cm satu lirik lagu nak kongsi kat korang.mendalam maksudnya klu korang semua dgr.that my favorite song,,,,,dlm sehari hmpir 10 kali sya dgr...korang boleh juak tgk kat you tube...nie sya bg tgk lirik nya jak.sja nak share kat korang jak n nak taw song nie la jd call ringtone enfon sya....best sgt..hayati ya....jgn nak dgr lagu yg jiwang2 jak.selalu lah bg santapan sikit utk jiwa wlupun ia hnyalah selirik lagu..




Mencari Yang Maha Satu

Album : Tika itu
Munsyid : Unic feat Cat Farish
http://liriknasyid.com



Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu
Kegelapan hati yang sering buat ku keliru
Dalam menguji pergolakkan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati

(Mencari yang Maha Satu itu yang ku tuju)

Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi

Seandainya kau yang memberi ruang
Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi

(Kau yang Maha Satu)

Diriku kini masih tercari-cari
Jawapan misteri tiap persoalan ini
Ku akui kesalahan dibuat segalanya
Gelap jadinya jiwa seadanya

(rap)
Ku cari terus ke situ
Itulah lampu hidupku
Terangilah gelap hatiku
Ku pohon restu dariMU

Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi

(Kau Yang Maha Satu)

Apabila tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Mmeohon ampun dariMu

Dan selanjutnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membunuhkan jiwaku
Kini ku mengakui teguranMu
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini

U.N.I.C.C.A.T

(rap)

Tak semua yang sempurna nasihat di jalan yang lurus
Cerita yang dijadikan cerita
Dengan izin Yang Maha Esa yang wujud
Aku cinta dan cita
Segala yang ada bermula dari rasa resah
Aku akui harapan kasih dan hasratku tak setajam itu
Yang tak mampu risau lidah mudah di banjari
Fitnah melilau-lilau
Tuhan lindungilah dia dari kata-kata jahat itu
Doa-doa di pohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa daku ke sana
Dewasakanlah pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna
Kau Yang Maha Satu (4x)

Wednesday 7 March 2012

hawa


Bingkisan Buat Hawa

Bismillahhirrohmanirrahim...                                          

Hawa                                                                                  

Hawa yang aku cari dalam melengkapi diri
Menutup kesunyian dalam kesepian
Melengkap kekurangan dalam aku kesorangan
Menutup satu pintu fitnah dikala berduaan
Membuka seribu jalan kebahagiaan
Menyusur langkah ke Jannah
Dalam kita berpimpin tangan....
Hawa
Peliharalah auratmu dikala bersua
Labuhkan hijab penutup dosa
Aku mengerti
Kita hamba mudah alpa
Goyah  iman di buaian dunia
Hawa, adakah kau lupa
Kau dipandang tinggi satu ketika
Tanganmu yang lembut
Bisa menggoncang dunia
Hawa
Peliharalah akhlakmu diakhir zaman
Banyak dugaan banyak pula cubaan
Kau diuji tanda kasih ilahi
Kau diuji tanda iman di hati
Jauhkanlah pasrah tatkala hati menjadi gundah
Rapatkan dahimu di tikar sejadah
Yakinlah yang terbaik dari Allah
Hawa
Kau suri di dalam hati
Kau srikandi dibelakang suami
Kau tonggak keluarga hakiki
Jadilah dikau isteri sejati
Jadilah dikau ibu mithali
Yang pasaknya pada jujur
Sandarnya pada iman
Hatinya penuh ketakwaan..