Thursday 25 September 2014

Kenapa Aku Malas Solat?

“Aku bukan orang jahat. Aku tak ada merompak atau bunuh orang. Aku tak ada sebar fitnah buruk tentang orang lain. Aku tak ada minum arak. Aku macam muslim biasa. Berpakaian mengikut kebanyakan orang.”
“Tetapi kenapa tiba waktu solat, aku malas sangat nak dirikan solat? Malas sangat. Kadang-kadang tu ada la juga satu waktu dalam sehari, bila saat iman naik sikit kan… Sikit je la. Itu pun acuh tak acuh, macam tak solat pun ye juga rasanya. Sebab tak rasa apa-apa. Lepas tu iman turun balik. Ada terus tak buat juga solat tu. Aku rasa berdosa tapi aku tak mampu berubah. Kenapa dengan aku ni sebenarnya?”
“Aku bukan orang jahat. Aku jenis manusia yang suka sangat bantu orang lain. Kadang-kadang hati aku tersentuh lihat pengemis tepi jalan. Aku tak sanggup tengok jadi aku bersedekah. Aku pun macam muslimah lain. Berpakaian macam perempuan lain kebanyakan tetapi mungkin ada satu, dua, tiga yang tak sempurna. Aku tahu tapi mungkin itu boleh diubah lagi. Tetapi yang paling aku risau, aku susah sangat nak ubah diri yang malas solat. Aku tahu berdosa tapi senang sahaja aku membiarkan waktu solat berlalu tanpa mendirikannya. Kenapa aku jadi macam ni? I…I just don’t get it…Please, help me...”
***
Apa hikmahnya solat dikatakan sebagai tiang agama? Kenapa solat sangat penting dan menjadi tiang agama? Sebagai seorang muslim, pastinya anda telah menghafal lumat Rukun Islam yang lima bukan? Ya, kerana solat merangkumi kelima-lima Rukun Islam tersebut.
Bermula dari Rukun Islam yang pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Bacaan syahadatain (dua kalimah syahadah) dibaca dalam tasyahud akhir yang merupakan salah satu rukun solat. Yang mana jika tiada dilakukan, maka solat tersebut tidak sah. Syahadatain ada dalam solat.
Rukun Islam yang kedua iaitu mendirikan solat lima waktu sehari semalam. Solat itu sendiri ada dalam perintah solat yang diwajibkan sepertimana yang terkandung di dalam kitab panduan, Al-Quran. Setiapnya ada waktu yang telah ditetapkan.
Rukun Islam yang ketiga iaitu menunaikan zakat. Zakat membawa makna pembersihan dan penyucian. Pembersihan pada harta yang juga ada padanya hak orang lain dan penyucian terhadap akhlak terutama dari sifat bakhil selain menanam sifat bertolak ansur serta syukur. Hikmah zakat ada dalam solat. Suci daripada hadas kecil dan besar merupakan salah satu syarat sah solat selain memastikan badan, pakaian dan tempat solat suci daripada najis. Solat juga berperanan untuk menyucikan jiwa tatkala sujud menyembah Allah Yang Esa.
Rukun Islam yang keempat iaitu berpuasa dalam bulan Ramadan. Puasa membawa maksud menahan diri dari lapar dan dahaga. Makan dan minum termasuk antara perkara yang membatalkan solat hatta menelan air liur yang masih lagi terasa manisnya. Puasa mengajar supaya menahan diri daripada percakapan yang buruk atau sia-sia. Berkata-kata dengan sengaja selain daripada Al-Quran, zikir atau doa walaupun satu huruf membatalkan solat. Hikmah puasa ada dalam solat.
Dan yang terakhir, ialah mengerjakan haji. Tawaf ditunaikan dengan mengelilingi kaabah yang merupakan kiblat umat Islam sebanyak tujuh kali. Menghadap kiblat antara syarat sah solat. Demikianlah Hikmah haji juga ada dalam solat.
Subhanallah!!!
“Aku tak solat tapi aku masih berbuat baik terhadap orang lain?”
Solat amalan pertama yang akan dihisab Allah.
Abu Hurairah berkata : “Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari amalan manusia adalah solatnya, jika amalan solatnya baik maka dia akan bahagia dan beruntung, Jika amalan solatnya buruk maka dia termasuk orang-orang yang rugi. Jika terdapat kekurangan sedikit pada amalan solat fardhunya, maka Allah berfirman: ” Lihatlah (hai para malaikat) apakah hambaku mengerjakan solat sunat untuk menyempurnakan solat fardhunya?’ Kemudian jika hambaku menyempurnakan solat sunat, maka solat sunat itu untuk menyempurnakan solat fardu yang kurang, kemudian seluruh amalannya diperlakukan seperti itu” 
(Sahih Tirmidzi, Ibnu Majah no 193, 1425,1426)
Andai anda melihat manusia yang berbuat baik terhadap kucing jiran tetapi apabila pulang ke rumah, kucing sendiri disepak dan disiksa. Pelik tak? Begitulah kelihatannya. Berbuat baik kepada manusia tetapi hubungan diri sendiri dengan Allah melalui solat sendiri tidak dijaga. Bagaimana begitu?
Anda baik dengan manusia sekarang. Kenapa tidak dilengkapkan sahaja kebaikan itu dengan solat yang sempurna? Solat itu menyucikan jiwa dan hati. Terutama menyemai rasa ikhlas dalam melakukan amalan. Bimbang andai kebaikan selama ini yang dilakukan mungkin hanya kepuraan di hadapan manusia sedangkan solat ditinggal di belakang manusia.
Bimbang. Kerana solat yang ditinggal, amalan kebaikan yang lain tersangkut waktu hari perhitungan.
Wahai hamba… Solatlah!
“Sungguh, solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman” ” 
(Surah An-Nisa’ ayat 103)
***
“Kenapa aku jadi macam ni?” Kita tahu kita salah, tapi sukar pula untuk berubah. Rasa berat untuk nak mula.. Kenapa ya?
Satu. Sebab tak sedar diri itu hamba Allah.
Dua. Sebab tak ingat mati.
Tiga. Sebab seronok hidup dekat dunia.
Empat. Sebab tak fikir waktu sakaratul maut nanti.
Lima. Sebab lalai dengan kemewahan.
Enam. Sebab kurang ilmu agama.
Tujuh. Sebab terlalu mengikut hawa nafsu.
Lapan. Sebab malas mujahadah.
Sembilan. Sebab solat dianggap sekadar ritual yang tidak dihayati.
Sepuluh. Anda bagilah sebab sendiri. Diri sendiri lebih kenal diri sendiri. Tanya diri sendiri kenapa aku jadi begini.
***
“Baik. Faham. Tapi macam mana kalau perangai ni kembali semula?”
Sebagai sesama muslim, kita sentiasa perlu diingatkan kembali. Ingat tujuan hidup. Buka surah Adz-Dzaariyat ayat 56. Allah berfirman yang bermaksud:-
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”
Ingat lima perkara sebelum lima perkara. Apakah lima perkara tersebut? Mesti semua sudah maklum kan…
Tak salah nak dengar lagu ‘You’re Beautiful’ Bruno Mars. Tak ada siapa nak marah. Kalau ada yang marah anda dengar lagu itu, saya boleh tolong marah dia balik. Tetapi ingatlah juga pesanan Rasulullah yang diabadikan dalam lirik Demi Masa kumpulan Raihan.
“Ingat lima perkara sebelum lima perkara. Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Hidup sebelum mati” 
(Riwayat Hakim dan al-Baihaqi )
Kalau kita boleh fikir masa hadapan. Mahu kahwin. Mahu kereta besar. Mahu rumah besar. Duit pun kalau boleh nak besar tak muat kilang proses duit palsu Saidina. Kenapa kita tidak boleh fikir yang ke hadapan lagi? Bukan tentang soal hidup di dunia sahaja. Tetapi juga soal hidup di akhirat sana.
Ingatkan diri supaya sentiasa bersyukur. Paling kurang ucaplah Alhamdulillah. Syukur kerana masih hidup. Bangun pagi sahaja, mata masih bisa dicelik. Udara masih bisa dihirup. Nafas masih lagi terhela. “Oh, hidup lagi aku ni rupanya. Alhamdulillah”.
Syukur kerana udara dan anggota yang digunakan hari-hari ini langsung tidak diminta bayaran daripada Allah. Kalau tidak, mungkin kita tidak bisa lagi membeli kereta baru, make-up baru, handbag baru, motosikal baru, laptop baru, baju baru, handphone baru dan semua yang namanya baru di belakang. Allah langsung tidak berkira. Namun kita mahu solat satu waktu yang hanya memakan masa selama 10 minit pun kedekut. Hamba apakah itu?
Syukur kerana pancaindera cukup lengkap sempurna. Muka cantik. Mata menarik. Hidung masih berfungsi. Mulut masih bisa menelan. Tiada anggota yang cacat. Ada orang tempang tiada sebelah kaki pun masih rajin lagi menggagahkan diri berjalan kaki ke masjid. Malu kita.
Ingat mati sentiasa. Bukan fikiran itu hanya sepenuhnya pada dunia. Seronok di dunia. Tetapi tidak sedar sebenarnya keseronokan yang ada ini sementara cuma. Kebahagiaan hakiki adalah di akhirat sana. Ingat waktu dihisab nanti. Ingat waktu ditanya malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur. Apakah dapat diri menjawab kesemua soalan dengan iman dan amalan? Ada fikir semua itu?
Andaikan tiba-tiba sewaktu bangun pada esok pagi, saat mata dicelikkan yang kelihatan hanyalah kegelapan. Dilihat ke kanan dan ke kiri namun yang terbentang tetap hanyalah kegelapan. Allah hilangkan nikmat pandangan. Diri mula panik. Tidak bisa melihat alam lagi. Tidak bisa menatap wajah-wajah yang disayangi lagi. Mungkin waktu itu agaknya baru hati sedar. Mula meraba-raba kawasan sekeliling bimbang terlanggar hanya untuk ke tandas mengambil wuduk.
Andaikan otot anda yang digunakan untuk menulis, menaip dan bermain. Suatu ketika Allah menarik nikmat tersebut apabila hanya satu otot yang tidak berfungsi. Saraf mula terjejas. Tiada lagi bisa menggerakkan jemari seperti dulu. Tiada lagi bisa menaip assignment yang bertimbun. Apakah waktu itu mula mengagahkan jua jemari membasuh muka berwuduk untuk solat?
Andaikan tika selesai dari membeli-belah, tiba di tempat parking di mana kereta diparkir. Tiba-tiba sewaktu meletakkan barang ke dalam bonet kereta, datang seorang peragut yang cuba merentap beg tangan dan menetak tangan kita berkali-kali hingga darah keluar dengan banyaknya. Mungkin sewaktu itu ingatan mula berputar mengingati Allah untuk menunaikan solat.
Andaikan sewaktu memandu ke pejabat apabila menerima panggilan ada tender baru, tiba-tiba kereta kehilangan arah seketika dan terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori yang laju merempuh. Pintu kereta remuk redam. Cermin kereta pecah seribu. Kaki tersepit. Didapati patah. Hampa dirasakan saat doktor mengatakan bahawa sebelah kaki terpaksa dipotong. Mungkin waktu terlantar dalam bilik pembedahan mula sedar untuk menunaikan solat.
Apakah ingin menunggu saat-saat keinsafan seperti yang disaksikan dalam typical local drama di televisyen itu baru kita mahu sibuk solat? Kalau jawapannya ya, silakan. Tunggulah.
Kalau tidak. Ya, bermula dari sekarang. Kerana kematian itu bukan umpama jarum jam yang bisa diputar ke masa sebelumnya. Anda pasti akan mati. Saya pasti akan mati. Kita pasti akan mati. Bersiaplah untuk satu perkara yang pasti. Tidak ada masa untuk berlengah lagi.
Wahai hamba… Solatlah!
“Dan perintahkanlah keluargamu melaksanakan solat dan sabar dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik di akhirat) adalah bagi orang yang bertakwa” 
(Surah Taha ayat 132)
***
“Em, ada nasihat terakhir?”
Tiap ketika Allah memberikan apa yang kita perlu, nikmat yang menggunung, dari sehari ke sehari. Allah memberi segalanya tanpa perlu diri meminta mahupun melutut merayu. Ada antara hamba yang berpaling, namun Dia tetap terus bersama curahan nikmat-Nya!
Kita punya masa untuk keluar bersama kawan-kawan. Kita punya masa untuk menonton filem komedi dan bergelak ketawa. Kita punya masa untuk melayari Facebook dan menghabiskan waktu berjam-jam lamanya di situ. Kita punya masa untuk yang lain namun apakah pantas apabila diri mengatakan tiada masa untuk solat yang hanya 5 minit cuma!
Sekarang diri mengatakan “aku malas solat”. Dan lihatlah wahai hamba, Allah telah mengurniakan segala keperluan. Nikmat yang tidak akan mampu dikira kerana begitu banyak! Allah mengatakan dalam kitabNya untuk kita muhasabah.
“dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang” 
(Surah An-Nahlu ayat 18)
Namun mungkin masih bisa dikira. Mata untuk melihat. Hidung untuk menghidu. Telinga untuk mendengar. Kaki untuk berjalan. Tangan untuk memegang. Tubuh badan yang sihat. Pakaian untuk dipakai. Kereta untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Rumah untuk berlindung dari panas dan hujan. Dan untuk segala apa yang telah Allah berikan, diri masih berani mengatakan “aku malas solat!”
Andai kamu masih menyedari dua kaki itu masih berpijak di atas bumi-Nya maka tolong. Tolong, tolong dan tolong. Tolong dirikan solat. Namun andai kamu percaya kamu bisa mencari ‘bumi’ yang lain untuk hidup, tidak mengapa.
Lakukanlah apa yang kamu suka. Tapi ingat, bukan di bumi yang kamu pijak!

#terbaik!!!

Friday 19 September 2014

TERSENTUH KISAH NEELOFA

ASSALAMUALAIKUM...

salam akidah kepada pembaca sekalian.entry hr nie hnya yg simple tp insyaAllah memberikan kesan yg besar kpda diri nie dan jd pengajaran kpda pembaca.mendegar kisah Neelofa berkaitan penghijrahannya,mengalir air mata nie mendengar krana aku yg bertudung labuh dan menutup aurat nie pun tak mampu buat sebaik spertinya.adakah aku tak mmpu atau aku bole tapi blum smpai msa?selalu dlm fikiran,baik aku akn berubah dan aku usaha skrg juga.tp last2 aku akn gagal utk usaha itu,dan down.pts asa,sgala gala negetif mnuju kpda diriku.sepa sngka muslimah yg dah ckup mnutup aurat tdk d uji?salah tafsir itu.smua manusia akn d uji termasuklah mereka yg sudah bertaqwa kpda Allah.

kadang diri kita sudah positif tapi hati kita dan iman kita blum cukup kuat.nie sbb apa?sbb kita masih dua hati.klu anda msh fkr aku tgh usaha,ya aku mmg tgh usaha skrg,tp mc dlm usaha dan gagal.slalu dlm hdp kita akn menemui kegagalan berulang kali.asyik gagal saja...mngambil pengajara n dr kisah Neelofa.Allah tnjukkan hidayahnya dgn sepa sahaja dan memberikan hidayahnya dgn org yg benar2 layak...mmg benar khidupan nie sukar d lalui dan stp org berbeza beza ujiannya.tp kesan yg aku dgr kisah Neelofa nie membuktikan Allah sedang dan sentiasa mendgr hati dan doa kita nmun blum msanya nak memakbulkan doa kita krana apa?krana Allah nak kita mengadu,menangis,melutut memohon doa kpdanya.sbb itu kita kn sabar dan tabah.tiada guru yg lebih berpengalaman melainkan guru khidupan.khidupan nie akn mengajar kita kpda kematangan,usaha dan erti hidup..musibah menimpa khidupan kita memberikan kita satu kesan iaitu putus asa dan dlm kesedihan.perkara yg d alami nie mmg akn beri kesan yg kuat.oleh sbb itu,dlm khidupan iman dan hati kn kuat.sbb bila musibah dan ujian dtg dlm hdup,ia akn menyerang trlbh dhulu hati dan iman kita.

manusia nie d kurniakan kelemahan dan kelebihan.aku prnh menjadi pimpinan organisasi,aku prnh d tarbiyyah d kampus.rsa cukup dgn tarbiyyah tp tak ckup utk hati dan imanku.mc kosong dan mc lapar dgn tarbiyyah islam.menjadi pimpinan bukan sng..dr ctu aku tetap dgn pendirian utk bertudung labuh.dr ctu aku blajar apa itu pimpinan,jawatan.amanah.aku prnh menangis dlm memegang jawatan yg besar.aku prnh mngis sbb dlm aku mmg amanah itu,aku mc kufur kpda Allah.tp msa itu,Allah mc tetap syg aku,jaga aku shhga aku menghabiskan amanah aku wlaupun tdk sesemprna mgkin..rsa menyesal bkn sbb menerima amanah itu tp rsa menyesal sbb tak lakukan terbaik dlm dakwah...smga aku dan dirimu dlm rahmat Allah dan kuat dlm ujian Allah..

#trima kasih sudi membca entry nie..luahan hati krana kisah khidupan org lain adalah salah satu pengajaran kpdamu.

Monday 15 September 2014

HARI KELAHIRAN K 22 TAHUN.....

ASSALAMUALAIKUM...Salam sejahtera sekalian...
hye kwn blogger sya yg d syangi...


Thun nie,bertarikh 05.09.2014 genapla umur sya 22 tahun...yeahhhh..alhamdulillah.finally dah dewasa dah ya.heheheh..tak celebrate besar2 pun just kwn wish birtday to me.alhamdulillah ada juga yg wish..rsa terharu..thun nie juga sya bg hadiah utk diri sndiri utk birtday diri..rsa nak puaskan hati dan beri penghargaan pda diri sbb dah sekian lma bersabar dan menunggu saat nak pgg smartphone..dan Allah makbulkan hajat hatiku.alhamdulillah.sebulan yg lalu siap planning lagi nak beli hp apa dan dah bajet utk sebulan.bersungguh2 nak dapatkan sesuatu adalah salah satu kelebihan manusia dan khususnya kpda mereka yg berhajat utk sekian lmanya...mari sya crtakan detik2 kelahiran sya nie...

04.09.2014.
Bgun pagi n lihat jam pda fon mnunjukkan trikh angka 04.sgt excited nak tggu angka 05 tu.so,spnjg hari sya kat opis jak sbb sya kan dah keja skrg.alhamdulillah,smuanya berjalan lancar utk sehari sbelum angka 05.mlm tu sya gan fmly makcik sya teman pakcik sya OT d jusco Bukit Indah JB.smbl cuci mata mlm tu...lewat juga kmi balik.dlm pkul 11.30.lepas tu pkul 12.00 sya blanja kluarga pakcik sya d warung mkn d majidee.mmg niat blanja dorang smpena birtday girl kan.heheh.smua jumlah yg kami mkn, RM27.tak juga mhal tapi berbaloi juga la.mlm tu mkn tom yam nasi gan air jus tembikai.heheh.special utk diri sndiri..dlm kreta nak balik umah,kazen umur 3 thun wish birtday gan sya.hnya tersenyum mmpu d balaskn.sbb penat sgt kan.hehhe

05.09.2014
Sperti biasa,sya akan g kerja dan d opis,kami mkn kek sempena birtday sya gan sorang staff lagi.sbb hari lahir kami sama.heheh..tapi hr jumaat nie sya puasa.so.sya bawa balik kek tu utk d rsa.hari lahir sya jtuh pda hari jumaat dan sblum tu sya ada dgr tazkirah Ustazah Siti Norbahya.beliau mengatakan alangkah bgsnya andai kamu inginkan termakbulnya hajat kamu dgn berpuasa pda hari kelahiran kamu.tak planning nak puasa msa jumaat tu dan alhamdulillah niat baik sya d permudahkan oleh Allah dan selesai puasa sya pda hri kelahiran sya tu..lepas balik keja pkul 6.30,sya terus p beli hp dkt dgn supermarket.tak brapa jauh sgt pun.sya p dgn kazen n makcik sya...alhamdulillah dah smpai hajat sya beli hp.nak beli sony xperia C tapi tgk bajet,takut balance nti tak cukup utk sebulan.cari2 dan berjalan2 d supermarket tu,kaki berhenti d sebuah kedai hp dan i see the hp.and finally after bekerja keras berfikir,i beli hp sony xperia L.ingtlah kita SEBAIK BAIK PERANCANGAN MANUSIA,PERANCANGAN ALLAH YG TERBAIK...wlaupun ia sekecil kecil perkara sprti nak beli hp nie..than balik pun dgn senang hati sbb hp dah beli,hajat hati pun dah tercapai...syukur alhamdulillah....

hp kesayangan mulai skrg.hehehe...

alhamdulilah dah selesai for my new entry..slamat membaca...terima kasih krana sudi beri msa dan luang nak bca entry nie,....

#smgasyajdianakygsolehadanberjayaduniakahiratdandlimpahkanrzkiyghalal.smgadmurahkanrzkiutkkawenmuda.aminnnnn......

Thursday 11 September 2014

KEHIDUPAN JANGAN DISESALI...



“Manusia hidup antara dua pencuri, iaitu penyesalan semalam dan kebimbangan masa hadapan. Lupakan kehidupan semalam kita yang muram, tetapi hiduplah hari ini dengan membuat semua yang baik hari ini, untuk kejayaan masa hadapan dunia dan akhirat.”


#PRDRMUHAYA

'Kita bukan pemilik, cuma peminjam'

Hidup yang punyai segala kebendaan, hari dilalui tiada masalah, sentiasa gembira, apa juga impian mudah saja tercapai, itulah kehidupan yang menjadi dambaan semua orang. Tiada orang yang memiliki kehidupan sempurna kerana yang sempurna hanyalah Allah SWT.
Mungkin kita hanya boleh merasai dan memiliki beberapa perkara sahaja yang kita mahukan kerana itulah fitrah kehidupan di dunia. Walaupun sedikit atau separuh saja kemahuan diperoleh, namun ia boleh membentuk hidup yang sejahtera.
Segmen Usrati yang bersiaran Khamis minggu lalu, jam 5.15 petang di IKIMfm bersama Ustazah Norhafizah Musa membincangkan mengenai hakikat kehidupan yang mungkin tidak seperti kita harapkan.
Ada yang nampak luarnya lengkap segala-galanya, kereta bersusun, rumah ibarat istana, beroleh untung perniagaan berjuta ringgit, namun tidur malamnya tidak lena, hati sering dirundung gelisah. Ada pula kurang dari segi pakaian, makan pun ala kadar, namun hati kaya, selalu gembira dan urusan sering dipermudahkan.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya setiap kamu akan diuji dari segi kehilangan nyawa, harta benda, hati yang gelisah, kesakitan dan penderitaan untuk menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran kamu."
Jangan takut hilang apa dimiliki
Setiap yang dimiliki akan hilang, yang disayangi ditinggalkan. Jangan pernah di antara kita ada dalam hati istilah takut hilang segala-galanya kerana hakikatnya memang kita akan hilang semuanya, apa yang menjadi milik kekal hanyalah amalan yang ikhlas.
Rasulullah SAW sanggup memberi dan berkongsi sebahagian besar apa yang dimilikinya. Rasulullah SAW sanggup memberi kain baharu dibelinya untuk dibuat jubah baharu menggantikan jubahnya yang lusuh dan koyak kepada orang lain.
Konsep hidup sebenarnya, kita bukan pemilik, tetapi peminjam. Kita meminjam hak Allah SWT. Semuanya kita pinjam dan tidak ada satu pun yang menjadi milik kita. Rezeki umpamanya, selalu saja ada hak orang lain dalam harta kita miliki.
Konsep pinjam, kita kena pulangkan semula. Sampai masa ia akan hilang daripada kita sama ada harta benda atau orang yang disayangi. Jadi, apa yang berlaku dalam hidup ini jangan terlalu dikenangkan kerana ia ada fitrah yang perlu diterima dengan fikiran terbuka.
Nabi SAW mengajar bagaimana seharusnya kita bersederhana dalam apa juga keadaan. Islam menyarankan sebaik-baik perkara diletakkan pada batas pertengahan iaitu bersederhana. Jika kita terlalu menuntut apa yang sepatutnya kita dapat, maka kita akan sering gelisah, tidak puas hati serta terlalu berkira-kira.
Hidup seperti itu memang memenatkan. Justeru, sebaiknya kita berlapang dada dengan takdir yang berlaku dalam hidup supaya dapat memiliki hidup yang sejahtera. Berikanlah diri ruang untuk bernafas dengan tenang dengan memahami konsep hidup secara tepat.
Renung ujian Tuhan
Sekali sekala kita renungkan kisah mereka yang pernah diuji oleh Allah SWT, menghadapi kehidupan memeritkan supaya daripada pengalaman itu kita dapat mengambil semangat, membina keyakinan dan memperkuatkan pertahanan diri.
Cara itu, kita mampu memperkasa jiwa dan fikiran untuk kekal positif serta menjadi sekuat besi. Andainya putus asa menjengah, itu lumrah kerana kita hanya manusia biasa. Tetapi kita boleh menjadi manusia luar biasa andai meneladani jiwa yang ada pada Rasulullah SAW iaitu jiwa tenang.
Belajar bertenang, apabila berdepan masalah, tarik nafas terlebih dulu dan cuba menenangkan diri. Jangan bertindak gopoh atau cepat panik sebaliknya berusaha bertenang. Apabila bertenang otak akan berfungsi dengan baik.
Mari kita mencontohi golongan salafusoleh. Jika ada perkara yang membuatkan mereka tidak puas hati dan bersedih, tidak ada tempat sebaik-baiknya untuk mengadu selain Allah SWT. Ini kerana sifat Allah SWT, tidak pernah menghampakan hamba-Nya.
Allah SWT tidak pernah jemu mendengar aduan dan keluhan hamba-Nya walaupun untuk perkara yang sama berjuta kali pun, berbanding manusia yang apabila mendengar perkara yang sama akan cepat marah dan memberi maklum balas mengecewakan.
Kita harus bersabar untuk mengharapkan reda Allah SWT dan sifat sabar itu juga boleh memberi ketenangan kepada jiwa. Orang yang jiwanya damai, hatinya sentiasa tenang. Jangan putus asa walaupun kita dalam proses untuk bertenang.
Biasakan diri berfikir
Biasakan diri berfikir seminit dua sebelum bercakap atau memberi maklum balas. Barulah apa yang bakal keluar daripada mulut dan fikiran kita itu betul. Binalah kekuatan diri, fahami konsep hidup dan hakikat tiada yang kekal dalam dunia ini.
Setiap ujian ada hikmah di sebaliknya, kita perlu yakin dan berdoa supaya Allah SWT menggantikan kesusahan dengan kesenangan dan penderitaan dengan kebahagiaan. Jangan gopoh meniti hari dalam kehidupan ini.
* Penulis ialah penyampai dan Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm

Wednesday 10 September 2014

3 JALAN DIGUNAKAN SYAITAN TAWAN HATI MANUSIA

Seseorang hamba Allah SWT itu masih boleh terus melangkah dalam keadaan getir kerana didokong oleh harapan. Maka kerana itulah kita digalakkan berdoa dan memohon kepada Allah SWT supaya diberikan kebaikan dunia dan akhirat.
Menjadi lumrah bagi seseorang itu bersandarkan harapan yang diberikan oleh Allah SWT sebagai motivasi meneruskan kehidupan, namun ada dalam kalangan kita yang tertipu dengan menaruh harapan melalui bisikan syaitan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua." (Surah al-A'raf, ayat 21)
Tiga jalan lupakan manusia kejar akhirat
Kita perlu selalu sedar syaitan musuh yang sentiasa berusaha dengan muslihatnya menyesatkan dan memesongkan kita daripada jalan Allah SWT. Ustaz Muhamad berkongsi tiga jalan sering digunakan syaitan dalam usaha menawan hati manusia supaya berharap kepada dunia dan melupakan pencarian akhirat.
Tiga jalan itu ialah mencari puas hati, ketenangan dengan jalan maksiat dan kaya dengan jalan bakhil. Raja Namrud contoh yang dapat kita lihat sebagai manusia dibisikkan untuk tidak merasa puas hati. Namrud dikuasai perasaan tidak puas hati yang meluap terhadap Nabi Ibrahim.
Dinyalakannya api yang luar biasa marak dengan tujuan mendera dan menzalimi Nabi Ibrahim sekeras-kerasnya bagi usaha mencari puas hati.
Dalam konteks hari ini, apabila rumah tangga dilanda badai, kekerasan dan helah digunakan bagi menyakiti pasangan bagi mendapatkan perasaan puas hati. Sedangkan semua tidak pernah berjaya memberikan ketenangan hakiki bagi mereka yang menurut bisikan syaitan.
Andai ketika bermuhasabah diri kita mengesan adanya sifat mazmumah, kembalilah kepada fitrah kemanusiaan iaitu mencari ubat hati. Lazimnya mereka yang menurut hawa nafsu dalam perbuatan akan hanya menyebabkan lebih banyak kekecewaan dalam kehidupan.
Islam mendidik umatnya bersabar dan Allah SWT menjanjikan darjat yang tinggi kepada orang yang sabar serta bersedia memaafkan orang yang berbuat kesalahan terhadap dirinya. Itulah yang dikatakan sebagai ubat hati.
Orang hatinya jauh daripada mengingati kekuasaan Allah SWT, tidak berpegang dengan panduan hidup yang dibekalkan kepadanya menerusi al-Quran dan jauh daripada mengamalkan panduan ditinggalkan Rasulullah SAW melalui hadisnya.
Hati kosong mudah dipengaruhi syaitan
Ini mengakibatkan hati menjadi kosong dan sunyi, yang hanya memudahkan ia dipengaruhi oleh bisikan syaitan. Fikiran dipandu suara negatif akhirnya menyebabkan perbuatan yang tidak sesuai dengan syariat Islam.
Kesunyian dan kekosongan menyebabkan seseorang itu akan mencari-cari keseronokan atau hiburan dengan harapan untuk mengisi kehampaan akibat kesunyiannya. Tidak sedikit mereka yang mempunyai kedudukan atau pangkat tinggi, kelihatan zahir mempunyai kesempurnaan tetapi mencari ketenangan dengan jalan maksiat.
Mereka tercari-cari jalan untuk mengubat hati yang kosong dan tidak tenang. Ada yang mengambil dadah, minum arak, melanggan teman sosial, namun masih tidak membawa kepada ketenangan untuk mengisi hati yang kosong.
Orang dipengaruhi harapan daripada syaitan yang menjanjikan kekayaan itu datang dengan memiliki sifat bakhil dan kedekut. Mereka mempercayai sikap kedekut dan bakhil itulah yang menyebabkan mereka dapat mengumpulkan harta sebanyak-banyaknya.
Rasulullah SAW bersabda: "Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." (Riwayat Muslim)
Amalan memberi sedekah kepada yang memerlukan amat digalakkan dalam Islam. Perlu kita fahami, rezeki yang dikurniakan kepada seseorang itu adalah milik Allah SWT dan hanya pinjaman kepada hamba-Nya semata-mata.
Seseorang Muslim seharusnya tidak terlalu sayang kepada harta benda dan tidak terikat untuk membelanjakannya kepada perkara kebaikan. Kita perlu fahami setiap pemberian yang dikeluarkan untuk jalan kebaikan akan diganti oleh Allah Taala.
Sedekah juga tidak mengurangkan harta kerana Allah SWT sentiasa menambah keberkatan dan suburnya harta, atau ganjaran dijanjikan Allah di akhirat nanti akan menggantikan harta yang disedekahkan dengan berlipat ganda.
Syaitan telah berjanji untuk menyesatkan manusia akan memperdaya hati serta fikiran seseorang supaya merasa berat mengeluarkan harta atau wang ringgitnya ke jalan sedekah dan infak. Mereka yang dipengaruhi bisikan ini akan diperhambakan dan disibukkan urusannya dengan mencari wang dan harta.
Walaupun mencari harta dan kekayaan digalakkan dalam Islam, tetapi ia perlu berlandaskan kepada usaha, ikhtiar dan seterusnya reda serta tawakal kepada Allah SWT atas pemberian-Nya. Harta dan rezeki seharusnya melapangkan dada dan bertujuan memberi khidmat kepada empunya harta itu.
Ia juga sebagai jalan kita memperoleh ganjaran pahala daripada Allah SWT dengan mengembalikan sebahagiannya ke jalan yang diredai-Nya. Usaha mencari rezeki adalah satu kewajipan manusia tetapi yang mengurniakan kekayaan itu adalah semata-mata urusan Allah SWT.
Waspada permainan syaitan
Berwaspadalah dengan mengelakkan diri daripada dipermainkan syaitan yang mahukan manusia itu melupakan akhirat melalui jalan mencintai dunia. Allah SWT memerintahkan kita bukan mencari harta semata-mata tetapi juga mencari keberkatan.
Ustaz Muhamad memberikan tiga panduan dalam menilai keberkatan harta iaitu harta itu membawa kepada kebaikan, semakin berharta semakin tenang hatinya, harta itu mencukupkannya dan banyaknya menggembirakan seseorang.
Jika harta itu sering memberi kerunsingan hati dan selalu merasa tidak cukup, periksalah semula akan jalan masuknya harta itu dan bagaimana kita membelanjakannya. Berhati-hatilah dengan harapan yang kita pertaruhkan dalam hidup ini sama ada berlandaskan iman atau bisikan syaitan.
* Penulis ialah penyampai dan Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm
sumber:http://www.bharian.com.my/node/5158