Friday 30 December 2011

Rutin itu ada faedahnya........

assalamualaikum..bertemu kembali dalam blog ini...

blog ini d namakan kekasih ALLAH kerana sya sgt suka dgn perkataan KEKASIH ALLAH.jd sya nma kan ruangan sya ini KEKASIH ALLAH.perkataan ini sggh bermakna n mendalam bg sesiapa memahami mksdnya wlaupun dr sudut kamus dewan.pembaca sekalian,sya suka klu kita sma2 berkongsi crt hdp krana melalui perkongsian ini kita akn perolehi manfaat dan pengajaran drpda perkongsian kita ini.d sekeliling sya ini ada seorg wanita yg ckp sya kagumkan.krana dia seorg yg kuat,tdk prnh letih memberikan nasihat dan tdk sama skali prnh berputus asa.dialah idola sya,wanita yg sya sayang iaitu nenek sya.sya bwkan anda rutin sya dgn nenek sya apabila dia menyuruh sya tmnkan dia utk k bndr.


 Selasa-17.05.2011
Assalamualaikum,,,,hari ini sya jd cucu yg baik,cucu yg prihatin,cucu yg berperikemanusiaan,Wa....hbtkan sya.perubahan perasaan pda awal pg tu.”siah,bgn la.tmnkan nnek p bndar”.ha..mlsnya sya.mls sgt....lepastu sya tdr semula n terbgn semula...dtg perasaan perikemanusiaan sya dgn nnek sya.sya bgn n terus kmskan tmpt tdr n bersiap untuk ke bndr.
Di bndr pula,sya pimpin tgn nnek sya n jalan seiringan.wlaupun ada perasaan malu dlm diri nmun sya cpt2 buang...sbb yg sya tlng nie adalah nnek sya...ORANG YANG PALINS SAYA SAYANG........dia umpama ayah n ibu kpda kami cucu2nya....ALHAMDULILLAH......syukur pda ALLAH krana d anugerahkan nnek yg berbeza drpda orng lain.ALHAMDULILLAH......
Coretan ini khas untk diri sya agar tdk d lupa kngan yg terpntg dlm hdp...


setiap manusia mempunyai naluri kemanusiaannya.jd sekeras mna pun hati seseorg itu pasti cair juga..wlaupun seganas mna pun seseorg tu,pasti ada kelembutan d hatinya.kemalasan akan bertmh jika kita mnjakan,ttp kemalasan itu akn kita lwnkn dgn kerajinan.berilah smbangan dgn keluarga krana mereka kita begitu berharga....
sekian..............

Saturday 17 December 2011


Berilah aku kesempatan

Bila siang berganti malam,
Bila hari berganti hari,
Bila masa berganti masa,
Begitulah juga tahap imanku.

Andai bisa ku kembali ke masa lalu,
Andai bisa ku kembali kepada asal,
Seperti masa kanak-kanak,
Akan ku pergunakan masa itu sebaik mungkin.
Namun aku tak mampu melakukannya,
Kerana itu semua takdir ALLAH.

Jika ku mampu mengubahnya dari awal lagi,
Pasti aku tak kan jadi seperti ini,
Ya ALLAH berilah aku kesempatan,
Berikanlah peluang yang masih ada ini,
Untuk aku kembali menjadi muslim yang sejati,
Ya ALLAH berikanlah aku kesempatan ini,
Untuk aku mengubah nasibku ini.

Hidupku kini terumbang-ambing,
Hidupku kini tiada matlamat,
Hidupku kini tiada semangat lagi,
Ya ALLAH berikanlah aku semangat,
Berikan aku kekuatan,
Untuk menjadi muslimah yang sejati.


Aku ingin menjadi seperti Siti Khadijah,
Aku ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah,
Merekalah menjadi teladan ku,
Merekalah menjadi teladan kepada semua muslimah,
Ya ALLAH berilah aku kesempatan untuk mengubah hidup ini,
Ku tahu semuanya telah Engkau tetapkan,
Ya  ALLAH jangan pesongkan hatiku Ya ALLAH.
Setelah Engkau beri nikmat islam dan iman dalam diriku.

Akan aku berusaha untuk mengubah nasib ini,
Akan ku berusaha untuk menjadi hambamu yang taat,
Akan ku berusaha menjadi anak yang soleh,
Ya ALLAH berilah aku kesempatan untuk bertaubat,
Sesungguhnya aku yakin kepada mu Ya ALLAH.
AMIN..........

Nukilan daripada:war jihad

Saturday 15 October 2011

cinta segalanya

cinta,
cinta pada diri,
apa ertinya bagi dirimu,
adakah membawa akhirat?
jika kamu yakin,
maka muhasabah dirimu itu...


cinta pada dunia,
apa ertinya bagi dirimu,adakah membawa akhirat?
jika dunia ini kekal,
maka ketahuilah 
dunia ini cuma sementara,
dunia ini cuma hiasan,
dunia ini cuma persinggahan,
untuk menuju ke akhirat...


cinta pada manusia,
apa ertinya bagi dirimu,
adakah membawa akhirat?
adakah anda yakin dgn cinta manusia?
ketahuilah wahai insan yg mnjadi hamba ALLAH
cinta dengan manusia
membawa dosa
tanpa ada ikatan 
maka muhasabah dirimu....


cinta pada ALLAH
apa ertinya bagi dirimu?
adakah membawa akhirat?
adakah kamu yakin?
insan
ketahuilah 
cinta padanya
penuh bahagia
penuh keredhaan ALLAH
bila hati cinta pada ALLAH
maka barulah cinta pada diri,dunia dan manusia
kerana cinta padanya adalah 
yang KEKAL ABADI.....




Sunday 7 August 2011

budak paling pandai dlm dunia

Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.
Mamak: Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling ***** di dunia
Pelanggan: Naper awak cakap macam tu mamak?
Mamak: Awak tgk ni..sambil memanggil Ajoi datang kepadanya
Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?
Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.
Mamak: Hahaha kan saya dah kata! budak tu *****. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!
Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi.
Sumardi: Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?
Ajoi: Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1.Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat
Sumardi: haha ko budak paling bijak dalam dunia

Moral Of the story:
1. Ramai yang merasakan lebih bijak dibandingkan orang lain, sehingga mereka selalu memandang rendah kepada orang lain. Sebenarnya ukuran kepandaian seseorang hanya TUHAN yang mengetahuinya. Alangkah bijaksananya kita jika tidak menganggap diri sendiri lebih bijak dari orang lain.
2. Perbezaan orang yang berjaya dengan orang kurang berjaya adalah, orang yang berjaya berfikir untuk hari esok, orang kurang berjaya berfikir untuk hari ini.
3. Jangan tamak.Orang tamak selalu rugi.