Saturday 16 March 2013

kini MENERUSKAN PERJUANGAN...(Pilihan ANDA?)


PRU13: PAS sedia tanding 76 kerusi parlimen


Tuan Guru Abdul Hadi bersama Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran.

KUALA TERENGGANU: PAS sedia bertanding lebih satu pertiga daripada 222 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS sebagai parti teras orang Melayu Islam akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi parlimen pada pilihan raya kali ini.

Ini bermakna, kata beliau, PAS akan bertanding lebih dari satu pertiga jumlah kerusi yang diperuntukkan sebanyak 222 di seluruh negara.

“Kerusi parlimen seluruh Malaysia ada 222 kerusi dan dari jumlah itu, saya hendak beritahu insya Allah, PAS akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi Parlimen.

“Insya Allah, mungkin akan ada lagi jika rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat memberi lagi kerusi kepada kita untuk bertanding,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Khas PRU13 di pekarangan Pasar Chabang Tiga, Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar, di sini malam tadi.

Hadir sama pada tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Adun Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar, Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran, Pengarah MTD Bandar, Ahmad Shah Mohammad serta tetamu khas, mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Fauzi Shaari

~harakah daily

TUDUNG LABUH MU & AKU....








Setulus bicara
Meluahkan rasa
Sehelai tudung labuh
Seindah hijab menjadi plilihanku
Suatu ketika dahulu
Diri hanya  insan biasa
Gadis yang hanya berpesonaliti biasa
Namun Hidayah-Nya
Hadir tanda kasihNya
Tudung labuh menyentuh fitrah
Membuatkan aku jatuh cinta
Pada hijab yang sempurna..
Tudung labuh sangat bermakna
Menjadi penghormatan pada diriku sebagai seorang wanita
Aku berubah bukan kerana ingin mendapat gelaran ustazah
Namun tanda cinta pada Illahi yang memberi perintah
Untuk kaum hawa menjaga aurat dengan sebaiknya
kerana itulah yang terindah dan berharga
Kadang kala
Aku kecewa
Pada sikap segelintir manusia
Hanya pandai menyindir tanpa usul periksa
Sangat susah untuk mendidik hati supaya lebih sabar dan redha
Namun ku kuatkan semangat untuk tidak berputus asa
Istiqamah dalam menjaga aurat demi keranaNya
Ya Allah.... Ya Tuhanku
Janganlah kau bolak-balikkan hatiku
Setelah Engkau memberiku Hidayah-Mu
Tetapkanlah hati ini dalam meneruskan perjuangan rasul-Mu
Dan Engkau kuatkan diri dalam mujadah nafsu
Moga Engkau redha atas segala laku

~I LUV ISLAM

Thursday 7 March 2013

pilihan anda?

Assalamualaikum..selek2 harakah daily jumpa plak pic nie.jd pilihan ANDA?








maklumat terbaru for SABAH


MNLF belayar ke Sabah, M'sia perketat kawalan

Harakahdaily,07 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Belumpun selesai operasi menghapuskan kumpulan penceroboh di Sabah, Pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dari Filipina pula mendakwa sedang menuju ke Lahad Datu untuk mengukuhkan kedudukan pengikut Sultan Sulu itu.

Media Filipina semalam melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Agama Islam MNLF, Habib Hashim Mudjabab mendakwa, kira-kira 10,000 kumpulan gerila kaum Tausung dari Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi sudah belayar ke Sabah.

Menurutnya, kumpulan gerila itu menyertai kumpulan pengikut Sultan Sulu dan mereka kini bersembunyi di sebuah kampung di Sabah melalui sebuah laluan di Filipina dikenali sebagai Southern backdoor (jalan belakang Selatan), laluan yang biasa digunakan pedagang kecil.

Laporan itu turut memetik, beliau tidak mendedahkan jumlah sebenar kumpulan yang telah berjaya membolosi sempadan Sabah tetapi hanya menegaskan ia mencecah ribuan.

Kehadiran mereka itu dipercayai sebagai tindakan balas selepas Malaysia bertindak melancarkan serangan ofensif besar-besaran terhadap kumpulan pengikut sultan Sulu Jamalul Kiram III itu di Lahad Datu kelmarin.

Kumpulan itu sudah tiga minggu berkubu di situ sehingga keganasan meletus minggu lalu yang mengakibatkan lapan anggota polis Malaysia terbunuh.

Kawalan diperketat
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata, pasukan keselamatan Malaysia sudah memperketat kawalan sama ada di periaran mahupun daratan menuju ke Sabah.

Menurutnya, pihak keselamatan kini membuat kepungan di laut dan darat bagi mengekang kemasukan bekalan makanan dan persenjataan kepada kumpulan penceroboh tersebut.

Katanya, pihak polis telah telah mengadakan kerjasama erat dengan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi tujuan itu.

Dalam pada itu, terdapat juga maklumat bahawa pasukan polis Filipina juga megadakan kawalan ketat di perairan mereka bagi menghalang pasukan MNLF belayar menuju ke Sabah.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman

Friday 1 March 2013

PRAY FOR LAHAD DATU

Assalamualaikum..smakin kita rsau dgn msyarakat LAHAD DATU.PRAY FOR LAHAD DATU...ada juga inisiatif PAS nie bt..

statment from:http://sahabatblogsabah.blogspot.com/

Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah (DUPNS) hari ini menyeru kepada semua umat Islam di seluruh negara untuk mendirikan solat hajat secara berterusan bagi menyelamatkan negara daripada musibah dan bala bencana setelah digemparkan dengan berlakunya pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah yang melibatkan anggota keselamatan negara.


Dewan Ulamak PAS Sabah yang diketuai oleh Ustaz Nuruddin Bin Ibrahim juga mencadangkan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) agar mengeluarkan arahan kepada seluruh masjid dan surau di negeri Sabah untuk melakukan solat hajat bagi tujuan yang sama pada masa-masa tertentu.

"Kita minta kepada masyarakat Malaysia agar mendirikan solat hajat tak kira secara bersendirian ataupun berjemaah bagi mendoakan keselamatan di bumi Sabah khususnya", kata Ustaz Nuruddin Ibrahim.

"DUPNS juga meminta pihak berkuasa agama seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) mengerahkan masjid dan surau di seluruh negeri supaya turut mendirikan solat hajat bagi memberi kebersamaan dalam memastikan negara kita terpelihara dari bahaya yang perlu kita hindari", tambah Ustaz Nuruddin lagi.