Wednesday 25 January 2012

Izinkan Cuma Engkau yang Bertakhta di Hati


Di pelataran dinginnya malam, ku terdampar sendiri.
Saat ini, tika ini, hati seakan terdera dengan amukan hawa nafsu dan perasaan yang mengetuk-ngetuk tangkai hati. Tidak semena-mena, titisan jernih jatuh, setitis demi setitis. Hati sebak.
Dibiarkan air jernih itu mengalir hangat. Berlawan dengan emosi, ternyata seringkali diriku menjadi kalah. Nurani membentak, jiwa ini tidak tenang. Kenapa? Kenapa begini? Kenapa sekarang jadi begini?
Dulu hati itu dapat merasai sebuah ketenangan. Namun kini ketenangan itu seakan-akan diragut. Diragut oleh siapa? Apakah ia hilang ditarik oleh Tuhan? Atau kerana dosa-dosa yang dilakukan? Soalan-soalan itu bertubi-tubi menyoal, namun hati sememangnya tidak mampu menjawab. Terdiam sepi. Adakah hati itu telah mati?
Memang tidak ku nafikan, dia sangat menyayangi diri ini. Tetapi berkali-kali ku ingatkan pada diri, kasih sayang itu tidak abadi!
'Berpada-padalah dalam menyayangi, jika tidak kelak dikau akan menangisi!'
Entah dari mana suara itu datang dan berbisik pesanan, kemudian hilang.
Namun kini, ku pula yang terkena panahan kasihnya itu. Semakin ku lari, semakin dia mendekati. Benarlah. Menjaga sekeping hati amat sukar sekali. Perlu sangat cermat dan berhati-hati. Ku mengeluh, melepaskan sebuah keluhan perasaan yang berat, yang semakin memberati rasa hati.
Jiwa ini tidak lagi suci, terasa ia tersangat kotor.
"Ya Ilahi, di manakah Engkau selama ini yang bertakhta di hati? Kenapa ia sekarang telah terganti dengan makhlukMu? Kenapa diri terlalu tega menggantikan tempat teragung itu dengan insan dan makhlukMu yang hina?"
Hati bermonolog lagi sendirian. Tidak! Ia punya peneman. Sang Tuhan yang sentiasa sentiasa ada mendengar setiap keluhan.
"Astaghfirullahalazim.... Ighfirli Robbi... Ighfirli...."
Bibir memantulkan kalimah suci itu perlahan-lahan. Bibir diketap erat. Menahan tangkai emosi yang kian membuak-buak rasa pilu dan syahdu bila menyebutkan nama terindah itu, jiwa menjadi mudah terusik.
Berbicara dengan Sang Agung, air jernih itu terus menitis kemudian semakin mencurah-curah. Teresak-esak.
"Ya Rabbi, pegang hati ini, dakaplah ia seerat-eratnya, jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu, ku tidak sanggup menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu, ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu, ku cuma mahu rindu itu terpatri untukMu, ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan, jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan.
Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi.
Tuhan, Izinkanlah! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati ini "
Berkali-kali kalimah itu diungkapkan pilu dalam pelantaran sujudnya. Wajah diraup setelah tangan menadah. Hati terus berdoa dan berharap, semoga Dia menerima segala-galanya.

Tuesday 24 January 2012

Hati Yang Cedera


Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.
Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.
Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.
Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.
Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.
Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.
Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.
Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.
Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.
Hati itu bukan hati aku lagi..
Heal my heart ya Allah..
Bless me with a new heart..

Sunday 15 January 2012

tingkah laku dan perasaan




Manusia kini lebih mementing kan kehidupan dan perasaan mereka sendiri daripada orang lain.kini boleh kita lihat bagaimana manusia sekeliling kita mampu tersenyum kerana mereka berjaya menyeksakan kita.menyeksa perasaan dan jiwa kita.begitulah situasi yang aku alami dalam kehidupan bekrja.alam pekerjaan ini bukannya senang  dan bukannya susah seperti apa yang kita lihat.kepahitan dan kemanisannya hanya kita mampu rasai sendiri.hari ini pukul 1.00 petang,aku dengan sorang kawanku diarahkan untuk mencari satu benda yang perlu disegerakan pencariannya iaitu sambungan handphone (bloothut).hampir semua kedai berdekatan dengan office kami telah geledah namun benda kecil itu tidak mampu kami perolehi.kami naik semula ke office untuk menanyakan kembali apa yang sebenarnya yang diinginkan oleh BIG BOSS kami tu..melangkah saja masuk kami di beri muka yang kenjang (dalam bahasa pasar) dan seperti BIG BOSS kami tu “badmood”…saat itu aku melihat reaksi kawanku yang tenang n selamba mengatasi situasi tersebut.aku terasa seperti sakit hati dengan kelakuan BIG BOSS kami itu.lalu dengan langkah yang marah aku n kwn aku mencari dan trus mencari..walaupun itu pengalaman pertama sya melakukan perkara yang kami tdk tahu nmun kita perlu walaq dgn pemimpin.walaupun mc baru dalam alam pekerjaan ini.aku malu utk bertanya ttg “benda”yg kami cari tu ke stp kedai lama2 malu itu hilang walaupun ckit hilangnya dlm diriku.namun aku marah dgn tingkah kwn aku.dia asyik shaja bergayut tak tahu nak bantu aku ka.dia kan d suruh tadi.perkataan itu muncul dlm minda ku.buruknya perangai aku.nie la kata org suka sgt iri hati.namun aku tak pedulikan itu smua biarlah aku membantunya.minda ku berfikir itu smula.langkah demi langkah,dengan kesungguhan dan rezeki akhirnya “benda”tersebut d temui. Alhamdulilla…..kata syukur d dalam hati.tiba2 aku melihat tanda harganya bernilai rm 168.fikiran ku ligat berfikir.bagaimana nie?aku tanya kwn ku n katanya dia minta la kurang.dan aku pun minta la kurang dan akhirnya Berjaya kami d beri rm 140.Alhamdililah kata syukur muncul lae dlm hati.terkejut sgt bila aku selak duit tu dan ternyata BIG BOSS kami beri rm200.tak sangka nmun dgn kata putus tdi aku membayar dgn harga rm150.lepas shaja d beri wang baki,kami pun beredar la dr ctu.senyum mula terlakar di bibir ku.sepanjang jalan senyum sntiasa terukir d hati.sampai sja d opis,terasa teruja n nak berkongsi kegembiraan itu dgn staff2 kat opis.aku mmg bgtu.nak sgt kongsi kegembiraan dgn org lain.itulah diriku.dendam marah itu tiada lae dlm diri lps gembira muncul.terlupa dgn marah td.hehehh….lps sja pkul 2,kami tggu khadiran BIG BOSS kami tu dan akhirnya dia ada d opis nya.lalu kami menuju ke biliknya utk memberi “benda” tersebut.dia tersenyum dan aku berasa ganjil adaka dia uji kami atau dia gembira dgn penemuan kami itu?..lalu dia memberi kami duit baki tersebut sebanyak rm 50.dia kata tak paya bg bakinya dgn sya.kamu pkai untuk mkn.timbul d hati sya mengatakan dia seorang pemimpin yg tegas dan menjaga kebajikan pekerjanya.melangkah keluar dari bilik tersebut,minda aku berfikir lae betapa berdosanya aku bersangka buruk dgn BIG BOSS kami tu.nmun aku cpt2 mengambil pengajaran bahawa jgn suka menganggap sesuatu dan mengharapkan sesuatu itu sempurna krana hanya yang sempurna adlah ALLAH YANG SATU..

PENGAJARAN:
1)Setiap berlaku ada hikmahnya dan kita perlu tahu apa yg terbaik utk kita.
2)Jgn suka mengikut marah yg ada dalam hati kerana kita tahu stp apa yg kita lepaskan dgn kemarahan akan berbalik dgn kita semula kemarahan tersebut.
3)Kesungguhan kita perlu ada dgn usaha yg kita lakukan krana usaha yg kita lakukan perlukan pengorbanan dan dr usaha yg kita lakukan akan kita perolehi kejayaan berdasarkan usaha yg kita lakukan.
4)Manusia nie berlainan sifatnya dan kita susah untk mentafsir apa yg mereka mahukan dan tindakan yg akan mereka lakukan.Jadi bagi memastikan apa yg kita lakukan perlu la juga menjaga hati dan perasaan org lain.
5)Walaupun kita mengalami situasi yang genting sekalipun,tabah lah ,tenang la dan bersbarlah kerana kita mampu melakukannya jika kita sentiasa aplikasikannya sperti kwan sya tdi…banyak faedahnya jika kita mampu ]bertenang dalam apapun keadaan yg sukar d jangka.

-Bagi sya manusia nie akn menyebabkan emosi kita berubah-ubah dan manusia jugalah dpt   mempengaruhi tindakan kita.Itulah kita d suruh berfikir dahulu barulah bertindak…

Sekian….

Thursday 12 January 2012

Setiap manusia perlu ada kesedaran sama ada lambat atau pun cepat semuanya ketentuan ALLAH…mengapa hidup kita tidak berubah sbb kita lambat bertindak jgn salah kan takdir tapi salah kan diri kita.mengapa kita lambat bertindak sebab kita belum ada kesedaran seperti yang saya katakan tadi.kesedaran akan kita rasai apabila satu situasi menyentuh perasaan kita,sanubari kita dan juga perasaan kemanusiaan kita.kadang perasaan oranng berlainan tapi ingatlah setiap yang terjadi ada hikmahnya.seperti yang kita rasakan,susah,senang,kembira,sedih dan macam2 lae perassan yang wujud.apakan daya kita untuk menolak kemungkinan yang berlaku.mengapa sering kali yang terjadi mejoretinya kita menyalahkan takdir daripada kita menerima ketentuan takdir.kerana semuanya berbalik kepada diri kita.kita kurang tarbiyyah dan kurang mendisiplinkan diri kita.kurang mendidik hati kearah menerima teguran dan sindiran masyarakat sekeliling.terus terang saya katakan mereka yang sensitive dengan teguran dan sindiran yang mereka terima sebenarnya mereka mengalami tekanan jiwa atau masalah hati…ingatlah satu hari nanti perasan yang menjelma sebenarnya bukannya perasaan tetapi dendam yang boleh membunuh kita…jd sebagai nasihat jiwa dan juga hati,belajar terima teguran dan sindiran kerana masyarakat adalah cermin  kepada kita…
Sekian/……….:p