Tuesday 23 December 2014

7 TIPS RINGAN JODOH BUKAN TAMAK JODOH

vMinta ampun pada Allah..
-        Bnykkan istighfar
vTingkatkan ibadah kepada Allah
-        Ibadat wajib
-        Ibadah sunnat cth:slt hajat
vBanyakkan tawakal dengan apa juga berlaku
vBerpuasa d hari jadi anda.-puasa hajat
vBuang ego,sombong.
-        Jgn nak pilih yg sempurna,perfect,plh la yg asas,yg ada agamanya. 
vMinta restu ibu bapa

vMinta doa dr ibu bapa
Doa Jodoh
Surah At-Taubah ayat 129
# Surah Al-Qasas ayat 24
# Surah Al-Anbiya ayat 89

#semanis kurma.
#mnunggu jodoh kn sabar
#warjihad2014





Monday 8 December 2014

Bercakap dgn JIN....

Assalam smua....hri nie tajuk nmpk pelik kan??ermm..pengalaman yg tak leh d lupakan.bila syaitan tu telah merosakkan mnusia,maka mnusia lainnya akn kena dan psti sesuatu itu kita tdk dpt halang kcuali memohon pda Allah dan berusaha mengubatinya..

Pengalaman nie tdk smua org rsa,mgkn ada sgelintir akn rsa ehhh,tak cayalah aku,ada yg kata mmg wujud pun..JIN ini adalah hamba Allah yg tdk maw tnduk pda Nabi Adam krana keegoaannya dan berjanji dgn Allah akn memusnahkan dan membawa mnusia k jalan sesat dan mnjdi pnghuni neraka.smuanya maklum dgn hal nie,so psti ada yg lbh pro brkaitan pnerangan syaitan dan JIN nie.cm dlm entry nie,satu crta yg sya alami sndiri nak d kongsikan agar d jadikan pngajaran dan ikhtibar.

Dlm fmly sya,ada yg terkena dgn buatan org.so,kmi buat kputusan utk brjmpa dgn pakcik yg pakar dlm hal halau halau nie.kmi tak jmpa bomoh k,sbb kmi taw bila kita prcaya bomoh (yg gn jampi serapah bkn gn ayat alquran) atau lbh d kenali bomoh jahat,itu telah dikira menduakan Allah.maka jtuhnyah dosa besar.igt tu.d pendekkan crta,bila kmi mula mula dtg,pakcik tu dah brada depan pintu pgg sejadah nak solat isyak...so,dlm hati aku,dia taw dah kmi nak dtg nie.sbb sblum nie prnh gak p umah pakcik tu bwa kazen sakit.d pendekkan lagi crta,kmi msuk umah n tggu pakcik tu hbz solat.dlm msa tu,mak T(org yg nak d ubat) rsa nak buang air kecil,tak than sgt dah nie.so,kmi suh mak T tahan,tahan,then tahan tggu pakcik tu hbz solat then mnta tumpng toilet.lps pakcik tu hbz solat,mak T pun msuk g toilet.so,dlm msa yg sma,kmi pun trgkan dgn pakcik tu sgala informasi yg lengkap agar bisa d fahami..

Lps trgkan crta tu,pakcik tu pun bca ayat Alquran then mak T kuar toilet n dduk dduk brtentangan gan pakcik tu.mula la sesi perubatan gan pakcik tu..sya tgk dr jauh jak gan pakcik n makcik sya.mula mula,pakcik tu akn pgg ibu jari kita utk tahu sma ada JIN itu ada dlm bdn kita.msa pakcik tu picit,bkn main mak T ckp sakit tnpa henti.lps brapa minit kmudian,pakcik trgkan gan kami then buang bnda tu..time tu ada 3 org dtg umah pakcik tu nak berubat.lps hbz d ubat,sya dtg dekat dgn mak T n tnya,ok tak?mak T kata,dia sakit bhagian bahu..skit sgt sgt.so,then sya kata bg taw jak la gan pakcik tu apa yg mak T sakita.alang alang kita dtg,lbh baik kita bg taw smua apa yg sakit kan.so,after tu sya bg taw gan pakcik sya,n then pakcik sya bg taw pakcik MAT tu..lp plak nak bg taw nma pakcik yg buat tu..heheheh..

Sesi kedua lgi d jalnkan,pda msa tu juga tiba tiba pak MAT (pggilan pendek drpda pakcik MAT) loghat indon.msa tu sya dah rsa pelik dah.then,pak MAT kata,tnya soalan dgn mak T sbb "BENDA" (benda tu sbnrnya adalah JIN) .pak Mat pun suruh sya ckap,tnyakan soalan.first sya tak nak,sbb sya jns tak brani orgnya.makcik gan pakcik sya paksa,so kluar satu soalan dr sya.msa tu,tng jak sbb JIN ajn ada yg meracau,teriak bila dah msuk dlm bdn mnusia kan.yg nie,tng dan smua soalan kmi d jwb..sgala prsoalan yg brmain d minda dah trjwb dgn jwapan JIN tu.tak sngka org sebaik mak T tu pun,ada org baut apa lae yg tak jga tingkah laku.msti ada yg benci sumpah serana.hehh..msa bersoal jwb tu,ya Allah,hnya Allah jak taw mcm mna sya tkut sgt time tu even sbnrnya besa besa jak.heheh..slesai sesi tu,kmi pun balik...

kesimpulan 1:dlm bedialog dgn JIN tu,JIN tu kata dia d suh dgn org len utk mewariskan “peliharaan” org tu agar mak T jdi waris nya.slama proses perwarisan tu,spnjg tula mak T sakit stiap hari.dpt tak rsa btapa skitnya menahan skit tu slama 3 thun?hnya Allah yg mmpu brikan kekuatan dgn memohon dgnnya.JIN tu kata,mak T tu baik sgt,biar org marah,biar org sakitkan hatinya,dia tak akn ambil hati dan marah.mlah mak T pendiam dan rajin mncari duit.sgguh sya trpeggun dgn keperibadian mak T.dgn keperibadian itu,ada juga org jeles n buat buat mak T.kcian mak T..

 kesimpulan 2 :kita hdp d dunia nie bkn brseorg,so igt kn jga tingkah laku kita dgn mnusia apa lae dgn Allah..HABLUL MINALLAH,HABLUL MINANNAS... igt tu teman teman.jgn prnh guna cra kotor dgn guna guna org sbb sakit hati,jeles,suka dgn org tu..INGAT....sbb kelakuan itu slah dlm agama kita..salah sama skali…sekian…

#maaf tak ada picture or video sbb tak plan pun nak buat tu smua..
#smga entry nie brmanfaat
#warjihad/salamperjuangan

Wednesday 19 November 2014

6 Hotel Mampu Sewa Paling Unik Di Malaysia

Assalam..salam satu akidah.salam satu perjuangan.entry hr nie psal impian n angan angan.bkn angan angan nak jd retis tp impian n angan angan nak g cuti gan fmly.tp p sorang2 pun best yg pntg bajet ckup.tu sbb kn kmpul duit nmpkny nie.ermm...lepas tgk artikel nie,rsa nak sgt g smua tmpt nie.n pling pnting smua hrga yg brpatutan.slama nie mncri juga tmpt yg bole p bercuti,n yes i get it.nie from blog org juga.dah rzki dpt,n tq for the idea http://www.siakapkeli.com.my/. tp really tak sngka ada tmpt nie d Malaysia n i proud jd anak Malaysia.heheheh...so,apa lae jum skodeng tmpt nie...


Selalu kalu kita dengar pasal hotel pelik dan unik pasti akan terbayang-bayang hotel di luar negara. Tapi tahukah anda sebenarnya di Malaysia pun ada banyak hotel pelik yang kita tidak ketahui.

1.Tubotel, Langkawi 





Tubotel adalah sebuah Hotel bajet di Langkawi dengan pemandangan tepi laut yang cantik dan indah.
Hotel ini telah dibina dari paip perbentungan bawah tanah yang terbengkalai tidak siap dan telah dibeli oleh pemilik hotel ini untuk dijadikan hotel. Ada pengunjung yang mengatakan permandangan matahari jatuh dari bilik hotel ini adalah yang terbaik di Langkawi.
1 malam dari RM138

2. Bustel Klebang Melaka




Jika anda ingin mengimbau zaman nostalgia berhimpit-himpit naik bas semasa zaman remaja ke bandar, hotel bas ini memang sesuai. Di Bustel Melaka, katil, bilik mandi dan tandas semua di dalam bas. Untuk makan, anda turun dari bas anda, dan jalan kaki masuk ke bas lain yang menempatkan kafe makan.1 malam dari RM120
3. Hotel Kapal Selam, Klebang 

Teringin untuk merasa pengalaman dalam kapal selam tapi anda bukan tentera laut. Janga risau kali ini bukan setakat masuk sahaja malah anda siap boeh tidur di dalam kepal selam ini di mana kapal selam yang merupakan muzium menyediakan pakej penginapan  untuk pelancong.

1 malam dari RM150

4. Container Hotel, Kuala Lumpur




Ingat kerja kontrak saja boleh tidur dalam kontena? Anda pun boleh tapi kena bayar la. Hotel ini diilhamkan menggunakan kontena lama yang telah diubah menjadi hotel yang amat menarik dan unik.

Hotel ini terletak di dua lokasi iaitu di KLIA 2 dan di  No. 1, Jalan Delima, Kuala Lumpur

1 malam dari RM 56


5. Time Capsule Retreat Sungai Lembing,Pahang






Suasana hutan yang sunyi dan dingin sesuai bagi anda yang ingin lari dari kesibukan kota dan inilah tempat yang sesuai. Hotel ini terut dibina menggunakan paip perbentungan seperti di Tubotel Langkawi.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik ada di sini termasuklah  kenderaan ATV, air terjun, Jungle Trekking, Muzium Perlombongan, aktiviti merentasi sungai yang jernih yang boleh dirancang mengikut masa anda sendiri. Terdapat juga aktiviti BBQ di sini yang mengenakan caj sebanyak RM26 seorang.

Harga dari RM118

6. Hotel Pelantar Minyak, Sabah






Siapa cakap hanya pekerja pelantar minyak saja boleh naik pelantar minyak. Anda pun boleh berada di pelantar minyak.

Hotel ini merupakan satu-satunya hotel pelantar minyak yang di dunia. Kalau hendak menyelam anda tidak perlu ke kawasan jauh hanya menyelam di bawah pelantar sahaja yang dihuni hidupan laut dan batu karang yang cantik.


Pakej 4 hari dengan trip menyelam dari RM 2730 

Cuti sekolah dah dekat, kepada sesiapa yang ingin bercuti tapi inginkan kelainan boleh la cuba tempat-tempat ini. Pasti menarik.-Siakapkeli.com.my


Tips Pulihkan Badan Penat Bekerja

Seharian bekerja di pejabat dengan kerja yang menimbun dan apabila ingin pulang hadapi pula dugaan trafik yang agak sesak pastinya badan terlalu penat menghadapi rutin harian yang sebegini. Seketika sampai di rumah, lalui pula tanggungjawab sebagai isteri atau suami bagi melunaskan kerja di rumah. Penat bekerja dan trafik yang sesak sudah cukup buatkan badan terlalu penat dan boleh mengundang kepada sakit dan sebagainya.

Eh! ada tips untuk memuihkan badan penat bekerja dan rutin harian yang dilakukan.

Minum air teh hijau
Minuman berkhasiat yang diamalkan masyarakat cina ini mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan dan minda kerana ia diperkaya dengan antioksida. Ia juga dapat mengurangkan kadar gula di dalam darah.

Senaman ringkas
Sebaiknya apabila setiba di rumah amalkan dengan melakukan aktiviti seperti bersenam atau paling tidak pun, menanam atau mengemas rumah. Ini kerana otak yang sudah penat bekerja di pejabat yang berhawa dingin boleh menyebabkan otak berfungsi dengan tidak baik. Senaman dapat menyalurkan oksigen kepada otak dan sekaligus badan akan cergas seperti sedia kala apabila badan sudah mengeluarkan peluh tatkala melakukan aktiviti di rumah.

Mandi air panas
Jika di rumah anda tidak ada sistem pemanas air mandian, apakata gunakan kaedah manual secara memasak air panas terlebih dahulu dan campurkan air panas tersebut sedikit dengan air yang bersuhu normal agar ia cukup berasa suam untuk kulit anda. Ia membantu dalam melegakan kaki yang penat dan sekaligus melancarkan peredaran darah dalam badan.

Minum air limau
Cuba amalkan meminum air bersama perahan limau sebelum masuk tidur.Gunakan lemon sebagai alternatif lain. Ia dapat membantu menangani penat badan agar keesokan harinya anda bangun dengan segar dan cergas.

Urut
Lakukan urutan seluruh badan sekali sebulan sebolehnya. Jangan terlalu kerap melakukannya kerana ia boleh mendatangkan kesan negatif pada badan.Ia dapat menyegarkan kembali badan dan melancarkan peredaran darah.

# dperolehi dr sumber

SALAM NAMASTE


Cinta lahir dari hati,
Cinta wujud dari pandangan mata,
Cinta itu membahagiakan,
Cinta itu seperti impian ke  syurga.

Namun,
Adakah cinta itu suci??,
Adakah cinta itu membahagiakan??,
Sehingga keakhirnya?,
Adakah cinta itu membuktikan,
Wanita dan lelaki  boleh bahagia,
Kerana cinta????

Dari mata turun ke hati,
Dari suka kepada sayang,
Dari sayang kepada cinta,
Rupanya bukan mudah cinta itu membahagiakan,
Pasti banyak step perlu ia hadapi..

Selamat datang cinta,damailah dalam hati,
Jadikan daku bahagia dengan cinta,
Cinta yang suci,
Terhasil daripada redhanya Allah,
Iaitu cinta Allah..

#bywarjihad

Friday 14 November 2014

5 Petua Menyimpan Duit Bagi Orang Yang Susah Menyimpan

Pada masa kini, terutamanya orang muda apabila ditanya tentang simpanan, boleh dikatakan ramai anak muda yang tidak mempunyai simpanan. Mereka merasakan ia sesuatu yang susah dan mustahil untuk dilakukan.
Apatah lagi, pada masa kini, taraf hidup yang tinggi, membuatkan aktiviti menyimpan itu sangat susah dilakukan. Andai diperhatikan, sangat kurang kempen kesedaran tentang menyimpan diwar-warkan.
Menyimpan
Umat Islam perlu menyimpan bagi menunaikan pelbagai tuntutan agama. [Alyssakai]
Ini boleh dilihat daripada papan-papan iklan di tepi lebuhraya, di banner berhampiran lampu trafik, dan iklan-iklan dalam pusat membeli-belah, media sosial. Kesemuanya menggalakkan kita untuk berbelanja.
Jarang sekali ada iklan mengingatkan untuk untuk menyimpan.
Hatta bank-bank, along-along dan pemiutang mengingatkan kita untuk membayar hutang. Mereka telefon dengan bertujuan untuk memberi peringatan agar kita membayar hutang mereka tepat pada masanya. Tidak pernah ada pihak bank, along atau pemiutang telefon dan mengingatkan kita,
“Encik Haris sudah simpan duit?”
“Cik Puan Irma sudah berapa banyak simpanan?”
“Muaz sudah ada simpanan berapa ratus ribu?”

3 Kepercayaan Karut Tentang Menabung

Lebih meruncing lagi apabila masyarakat kita berpegang dengan pelbagai kepercayaan karut tentang menabung.
Sedangkan Islam sendiri mengalakkan agar umatnya menyimpan untuk kegunaan kita pada hari muka yang memerlukan seperti pengajaran yang Allah gambarkan di dalam surah Yusuf,

Surah Yusuf 48
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). – Surah Yusuf 12:48

#1 – Tiada Duit Untuk Simpan

Hakikatnya tiap orang boleh menyimpan. Andai tidak mampu simpan dengan nilai yang besar, letakkan peratus paling kecil dan nilai paling rendah.
Kata-kata adalah antara salah satu bentuk doa. Justeru, tidak hairan mengapa kita tiada duit untuk simpan, kerana kita selalu cakap, ‘kita tiada duit untuk simpan’.

#2 – Simpan Untuk Kecemasan

Apa yang kita niatkan boleh menjadi doa yang paling kuat untuk dimakbulkan. Sesungguhnya kekuatan dalaman lebih kuat daripada kekuatan luaran. Oleh sebab itu penting menjaga niat.
Segarkan niat daripada ‘simpan untuk kecemasan’ kepada ‘simpan untuk meningkatkan kekayaan’. InsyaAllah itu yang akan berlaku apabila kita niatkan simpan untuk membina kekayaan.

#3 – Simpan Dengan Niat Hendak Digunakan Semula

Ia adalah suatu perkara yang biasa terjadi bagi mereka yang sudah mula menyimpan. Segalanya tertakluk kepada displin. Duit akan pergi kepada mereka yang bertanggungjawab.
Semakin kita tidak bertanggungjawab dengan duit kita, duit tidak akan suka dengan kita. Seperti kita ada anak perempuan yang mahu keluar pada pukul 2 pagi, pasti kita halang. Kita prihatin dengan anak kita. Begitu juga penting mempraktikkan ia dalam perihal kewangan.

5 Teknik Menyimpan Daripada Pakar Kewangan

Teknik ini adalah gabungan teknik menyimpan oleh individu yang terkenal dalam pengurusan kewangan seperti Shamsuddin Kadir, penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Arkad, orang terkaya di Babylon dan Abang Abu, pengasas Mekanik Wang.

#1 – Simpan Si Hijau

Simpan Hijau
Menyimpan not hijau RM5 adalah satu idea yang kreatif. [Nur Saffawati]
Tiap kali pulang ke rumah, apabila ada Si Hijau (RM5) dalam dompet, simpan ia ke dalam tabung. Dapatkan sebuah balang dan khaskan penyimpanan RM5.

#2 – Simpan Si Oren

Andai berkemampuan dan mampu menebaskan nafsu, tiap kali membawa pulang Si Oren (RM20), masukkan ke dalam balang yang dikhaskan untuk penyimpanan RM20.

#3 – Simpan Duit Syiling

Ini adalah taraf paling rendah bagi mereka yang dalam proses mampu menyimpan Si Hijau (rujuk tip 1). Masukkan semua duit syiling dalam dompet ke dalam balang khas untuk duit syiling.

#4 – Simpan 10% Duit Gaji

Bagi mereka yang bekerja makan gaji, kita sudah memerah keringat selama 30 hari. Perkara pertama yang patut dilakukan, apabila mendapat gaji adalah membayar diri sendiri pada nilai 10% daripada gaji.
“Bayar diri sendiri dahulu sebelum membayar orang lain.”
Arkad, orang terkaya di Babylon
90% Daripadanya, kita boleh habiskan jika mahu. Ada beza antara orang yang ada simpanan RM100 dengan RM10,000. Pemikiran, perasaan dan keyakinan kita akan berubah apabila kita ada simpanan RM10,000. Yang akan memudahkan kita menjadi magnet wang yang menarik lebih banyak wang.

#5 – Mulakan Menyimpan Setiap Hari (Walau 10 sen!)

“Aliran wang orang kaya – dapat duit, simpan dan baru belanja. Aliran wang orang miskin – dapat duit, belanja.”
Abang Abu, Mekanik Kewangan
Apabila kita tetapkan niat simpan setiap hari, secara tidak langsung kita sedang membuat satu aliran terhadap status kewangan kita. Ibarat kita sedang membuka empangan untuk mengalirkan air masuk. Mulakan dengan serendah 10 sen tiap hari.
“Semakin kita lakukan, semakin lancar empangan, semakin banyak air masuk.”
InsyaAllah lama kelamaan, duit akan mudah datang dan masuk dalam tabung. Jangan percaya. Praktikkan dan rasa sendiri. Minima 30 hari dan kongsikan dengan kami hasilnya.

from artikel- http://tazkirah.net/5-petua-menyimpan-duit-bagi-orang-yang-susah-menyimpan/

Sunday 9 November 2014

15 Sebab Kenapa Kahwin Muda Digalakkan


#muslimah,muslimin,jum baca...


Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia awal dari kebiasaan. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa.

Dahulunya ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman serba moden ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :

1. Sudah ada yang berkenan di hati.

Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?

2.Ingin menjaga mata, hati dan zina
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?

3.Mencari ketenangan

Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut.

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Surah Ar-Rum; Ayat: 21)

Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)

4.Teman dalam pelajaran

Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)

5.Teman dalam kehidupan

Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.

6.Teman dalam perjuangan

Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!

7.Hilang fokus

Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!

8.Remaja lebih produktif

Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T

9.Menjadi lebih bertanggungjwab

Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.

10.Menjadi anak yang soleh

Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.

11. Fikiran lebih matang

Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

12. Membaiki diri

Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.

13. Plan jangka panjang

Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan icon razz 15 Sebab Kenapa Kahwin Muda Digalakkan

14. Seks yang lebih berkualiti

Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

15. Rezeki bertambah

Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya

#jika punya kekuatan dlm berterus trg kpda kluarga,dan kluarga stuju maka itu tndanya Allah permudahkan kita dlm membina rumah tgga.nmun andai kluarga suh kita tgguhkan dlu hajat kita utk kawen muda,maka itu tndanya Allah nak kita sabar dan menerima hikmah yg d berikan kpda kita..

sumber:http://www.siakapkeli.com.my/2014/11/15-sebab-kenapa-kahwin-muda-digalakkan.html

Thursday 30 October 2014

MENTARI UNTUKKU

Mentari untukku
Dalam kehidupan ini,
Mana ada hidup kita,
Akan senang sentiasa,
Pasti ada pasang surutnya,
Ada peritnya,
Seperti ombak dilautan,
Seperti pahitnya rasa kopi itu.

Jika kita melihat,
Graf kehidupan orang lain,
Apakah mereka tidak pernah gagal,
Tidak pernah rasa kesusahan,
Tidak pernah rasa kesengsaraan,
Sampaikan kehidupan itu,
Seperti kais pagi makan pagi diibaratkan

Tapi,
Kehidupan ini Allah telah tentukannya sangat menarik,
Seperti pementasan teater musical.

Allah jadikan susah senang,
Bahagia,sengsara,
Gembira dan sedih,
Adalah untuk mencantikkan lagi corak kehidupan yang kita lakarkan,
Akan tetapi, yang sentiasa ada adalah mentari hidayah,
MENTARI HIDAYAH DARI ALLAH.



nukilan:warjihad