Thursday 30 October 2014

MENTARI UNTUKKU

Mentari untukku
Dalam kehidupan ini,
Mana ada hidup kita,
Akan senang sentiasa,
Pasti ada pasang surutnya,
Ada peritnya,
Seperti ombak dilautan,
Seperti pahitnya rasa kopi itu.

Jika kita melihat,
Graf kehidupan orang lain,
Apakah mereka tidak pernah gagal,
Tidak pernah rasa kesusahan,
Tidak pernah rasa kesengsaraan,
Sampaikan kehidupan itu,
Seperti kais pagi makan pagi diibaratkan

Tapi,
Kehidupan ini Allah telah tentukannya sangat menarik,
Seperti pementasan teater musical.

Allah jadikan susah senang,
Bahagia,sengsara,
Gembira dan sedih,
Adalah untuk mencantikkan lagi corak kehidupan yang kita lakarkan,
Akan tetapi, yang sentiasa ada adalah mentari hidayah,
MENTARI HIDAYAH DARI ALLAH.



nukilan:warjihad



Monday 20 October 2014

KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN



Tiada yang indah selain cinta,
Tiada yang mekar selain cinta,
Tiada yang bahagia selain cinta,
Itulah penangan cinta yang,
Sebenar....

Ku lalui liku-liku ini dengan pahit,
Sperti pahitnya kopi tanpa gula,
Seperti pahitnya air peria,


Namun diri ini kugagahkan,
Kerana terpaksa,aku terus berjuang,
Untuk kehidupan....

Kehidupan ini dilalui tanpa cintanya,
Kehidupan ini dilalaui tanpa dirinya,
Ku akui aku sangat menyanyanginya,
Kerana terpaksa aku relakan pemergiannya....

Bahagialah dikau dengan dirinya,
Wanita yang kau pilih pasti sesuai denganmu,
Kehidupan ini tanpamu amat perit,
Namun kerana terpaksa aku relakan perpisahan ini.



#awakkatmane

#nukilanwarjihad