Monday 7 December 2015

AKU DAN CINTA


Melihat awan malam yang dingin buat aku rasa semua kepenatan  yang aku pikul hari ini telah pun hilang dan pergi jauh dari hidup untuk hari ini. Melihat awan dan bintang bintang di atas sana, terimbau kisah aku dan cinta. Setelah habis SPM dan sehinggalah aku berumur 25tahun nie tak pernah lagi rasa cinta yang setulusnya. Setiap kali aku usaha dengan cinta, setiap kali itu juga aku gagal. Aku berusaha untuk teruskan cinta itu tanpa putus asa namun masih juga gagal dan hanya menemukan kebahagiaan sementara. Semua yang aku lalui buat aku matang dan berikan aku pengajaran namun aku masih tetap teruskan usaha mencari cinta itu. Walau setiap aku lakukan itu selalu berikan kesakitan yang mendalam namun hati aku amat mudah jatuh hati dengan kebaikan orang lain. Mungkin aku rasa kena usaha lebih hingga berjaya. Allah berikan aku hati yang baik dan mudah jatuh hati dengan orang lain sebab itu sampai sekarang aku pernah bercinta sebanyak 7 kali dengan berlainan orang lain dan semuanya hanyalah sementara. Malam ini,aku rasa seperti satu kuasa pelik menerpa dalam hati dan fikiran aku. Lalu hati kecil aku berkata,kini masanya aku putus asa mencari cinta manusia dan focus dengan kukuhkan cinta Allah. Aku rasa ada betul hati kecil aku berkata. Sepanjang aku hidup ini,aku tak pernah lupa cintakan Allah. Namun malam itu,rasa kesal dan taubat menerpa dalam hati. Mungkin semuanya yang aku lalui di alam dewasa ini berikan aku pengalaman dan berikan aku keputusan untuk berhenti melangkah untuk mengejar manusia. Mengejar cinta manusia. Berhenti berharap kepada mereka yang tidak pernah menghargai aku. Malam ini,aku rasa tiba masa aku tumpukan pada Allah yang selama ini aku abaikan yang sebenarnya Allah tidak pernah abai aku. Allah………Allah…….rasa sedih teramat sangat malam ini. Rupanya Allah sUdah berikan ‘hint’ padaku setelah aku putus cinta 7kali itu namun apa yang aku lakukan?. Hanya buat sambil lewa. Hanya anggap angin yang lalu sepoi sepoi bahasa. Kini aku mulakan berhentikan langkah dan mengubah laluan hidup aku semula. Bukan lagi mencari cinta manusia. Dan kini aku nekad mencari dan perkukuhkan cinta aku dengan Allah. Yess this is the best.


Pergilah cari balik semangat kau yang hilang tu. Jangan jadi lifeless 

moody down terus macam tu je. Sampai bila nak jadi lemah?- Aim Putera

Kesudahan malam ini,walaupun menyedihkan aku kena yakin dan percaya dengan Allah. Sebab kita hidup kerana kasih sayang dan belas kasihan Allah terhadap kita. Allah berikan peluang untuk kita berubah. Sekian,

"Kita tak tahu bila Allah nak ambil nyawa kita, kerana itu kita kena selalu bersedia." Ingat, sampai bila-bila.-FatyaEdDeen

Coretan malam ini,

Luahan rasaku si gadis berpayung.