Thursday 10 September 2015

Pesanan dr Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Assalamualaikum.....
Andai kata suatu ketika kita lihat terlalu bnyak bnda yg jadi tnpa sbb itu sbnrnya ada hikmah knpa Allah berikan kpda kita
Mgkn kita akn rsa itu hnyalah semata semata kebetulan tapi sebaliknya adlh hikmah kehidupan
Bila scrool fb trjmpa ayat nie.sentap yg tramat sgt.
smpi nak bca bnyk kali sbb tak phm ayat tu
even simple but susah nak phm
berkaitan dgn hati.
Bila hati kita keras,smstinya susah nak trima pesanan nie,nmun bila hati kita trSENTAP dgn ayat nie,itu mksdnya kita dan diri ingin berubah
.
.
Bagi seorang mukminah solehah, fesyen pakaiannya BUKAN hal penting yang perlukan perhatian yang banyak masa dan wang. 
- Yang penting baginya adalah KUALITI diri, ilmu yang padat & minda segar. 
- Pakaiannya cukup sekadar yang kemas bergosok dan rapi dengan warna sederhana. 
- Keyakinan dirinya TIDAK terletak pada ranggi pakaiannya. 
- Dia juga BUKAN hamba kepada fesyen dan kecantikan pakaian. 
- Dia Hamba Allah dan hatinya sentiasa ditumpu untuk diisi dan dibersihkan mencapai redha Allah.
- Justeru fesyen tudung, jubah, blaus, kain etc BUKAN bicara hidupnya & prioriti, itu semuanya sampingan sama sekali.
Namun tidak dinafikan ada muslimah yang belum jinak dengan agamanya (ISLAM), lalu diakui sebahagiannya MEMERLUKAN fesyen sebagai 'jambatan' ke alam hakiki & tulen, meninggalkan alam pura-pura yang terlebih fokus kepada 'bungkusan' sehingga melupakan isi.
Justeru bagi wanita seperti mereka, berfesyen masih BOLEH diterima JIKA 
- menepati syarat penutupan aurat 
- serta digayakan semata sebagai 'jambatan' untuk menuju yang sifat mukminah sebenar, 
- dan BUKAN untuk terus MENETAP di atas 'jambatan' tersebut selamanya, kerana ia BUKAN MATLAMAT & objektif kehidupan ini. (Petikan perkongsian Ceramah saya bertajuk Fesyen & Aurat Wanita, 21 Dis 14, Masjid Rahimah)
 #keepstrong
#menujumardhotillah
#salamwarjihad15

No comments:

Post a Comment