Wednesday 24 June 2015

kERANA kITA pEDULI tENTANG dOSA

Ramadhan disambut oleh orang yang beriman kerana mereka percaya tentang pahala dan dosa.
Kerana itu Imam al-Qurtubi rahimahullah berkata ;
إنما سُمِّـيَ رمضان لأنه يَرْمض الذنوب : أي يَحرِقُها بالأعمال الصالحة
Sesungguhnya dinamakan bulan Ramadhan dengan Ramadhan kerana ianya membakar dosa, iaitu membakarnya dengan melakukan amalan soleh.
Di dalam sebuah hadith, Rasulullah salallahualaihiwassalam diriwayatkan menyebut ;
وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ
الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ
“Solat fardhu lima waktu, solat Jumaat sehingga solat Jumaat berikutnya, dan puasa Ramadhan sehingga puasa Ramadhan yang berikutnya adalah penghapus dosa-dosa apa yang ada di antaranya, apabila orang tersebut meninggalkan perbuatan dosa-dosa besar.” [Diriwayatkan oleh Muslim no. 233]


# Mereka yang tidak peduli tentang dosa dan pahala, Ramadhan tidak memberi makna apa-apa kepada mereka. Perjuangan mereka semata-mata tentang dunia, apa yang menjadi perhatian mereka ialah keuntungan, kesenangan di dalamnya bukan akhirat dan bukan pula keredhaan Tuhan mereka!

#fb:Emran Ahmad
#salamramadhan

No comments:

Post a Comment