Monday 16 March 2015

MUSLIMAH PAYUNG MERAH


Dalam hidup, kejayaan diutamakan,
Kebahagiaan didahulukan,
Prestasi  ditingkatkan,
Penghijrahan diperbahurui.

Kehidupan yang dilalui,
Bukannya senang sangat,
Banyak cabaran yang dilalui,
Perit juga andai dibayangkan,
Diungkapkan apa lagi.

Dia muslimah tabah disebalik tabir,
Dia muslimah yang bijak,
Andai dia berusaha,
Dia pasti Berjaya kelak.

Kehidupan alam dewasanya,
Tidaklah seindah mana,
Kerana dia masih lagi baru,
Dalam usia itu,
Setelah melalui alam remaja,
Dia nekad untuk mengubah hidupnya.

Kini,
Dia mempunyai pekerjaan,
Namun banyak lagi matlamat yang harus dicapai,
Walaupun sukar,
Dia ajar dirinya agar tabah dan sabar,
Itulah dia muslimah berpayung merah.

Setiap petang,
Dia akan berjalan kaki dengan payung merahnya,
Untuk balik kerumah,
Begitulah sehariannya,
Tidak seperti dewasa lain,

Kerana dia ada matlamat yang besar untuk dikecapi.

# KARYA WARJIHAD15



No comments:

Post a Comment