Friday 18 July 2014

karya puisi tangan sendiri

KESATUAN HATI
Setiap langkah,
setiap gerak geri,
setiap usaha,
semuanya dilakukan bersama,
itulah kerjasama dikatakan.
Pelbagai cabaran,dugaan,
ditempuhi,dilalui,
semuanya dilalui bersama,
itulah dinamakan kesatuan hati.
Andai 1 hari nanti,
bila mentari tidak lagi menyinar,
kegelapan mula muncul,
kuharap saat itu,
dirimu datang membantu,
kerana hatimu dan hatiku bersatu,
itulah dikatakan kesatuan hati.
Pedih kurasakan,
andai kita berpisah,
andai itu terjadi,
tabahkan hati,
kuatkan hati,
kuatkan iman,
kerana kesatuan hati kita kuat.
Yakinlah teman,
andai itulah,
ujian yang diberikan,
imbalannya adalah,
syurga yang abadi..

nukilan:war jihad :)

No comments:

Post a Comment